DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum...salam semua..alhamdulillah dapat bertemu kembali. Buat teman-teman yang ada bertanya..tu..maaflah sibuk bebenor sekarang. Namun, hobi tetap hobi ya.. sehingga awal bulan November ini..tempahan telah pun penuh..alhamdulillah. Semalam pulang awal, kebetulan ada kursus.., jadinya bila pulang awal dapatlah masuk dapur awal..dan bila masuk dapur awal makanya..dapatlah rehat awal...

Ita nak kongsikan resepi semalam iaitu Daging Masak Hitam. Keluarga Ita terutama anak2 sukakan daging masak macam ni.., sebab tak pedas kut. Jadi, Ita terpaksa asingkan untuk Ita dan lebihkan cili padi..baru berasap...!!! he..he..

Berikut Ita kongsikan resepinya ya..


DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahannya:

400gm daging - dipotong kecil2..
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji cili merah dihiris
8 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris jugak
4 sudu kicap pekat manis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
 Sedikit minyak


Cara-caranya:

Senang je.. daging yang dipotong, dicuci dan dimasukkan kedalam kuali. Sebelum tu daging tu digaul dengan garam ya.. pastu..masak daging dengan api yang perlahan dan tutup kuali. Sekali sekala kacau ya..

Kemudian bila daging masak dan air kering masukkan minyak dan kacau. Masukkan bawang putih yang dihiris tadi..dan masukkan pula bawang putih merah. bila bawang tu garing..masukkan kicap dan gula.. sesuaikan rasa ya.

Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili tadi.. Tara...!! dah siap pun..

Resepi ini amat sesuai untuk yang sibuk tapi tak suka makan luar ya.. ringkas dan sedapp...emmm..

Comments

Popular Posts