KEK

Assalamualaikum.. apa khabar semua.. kesibukan tugas seharian menyebabkan Ita ketinggalan sedikit untuk meng update kan blog ini. Namun..semua itu tak menjamin yang Ita akan lupakannya... oh..tidak.. Untuk malam ini.., Ita cuma nak updatekan gambar kek yang ditempah seorang rakan pada hari  raya lalu. Kek ini Ita buat kek pelangi biasa aje...

Terima kasih diucapkan buat sahabat yang sudi menempah kek ini dengan Ita. Tempahan pun sudah dikira penuh sehingga 1 Nov 2013 nanti. Ita tak dapatlah nak ambik tempahan banyak2 dek kerana tugas seharian Ita yang padat. Pulang ke rumah jam 8 malam..tidak memberi ruang untuk Ita menari-nari didapur. Jadi..sekadar membuat kek pada hujung minggu.., dikira dah memadai disamping memenuhi minat Ita yang satu ini.


Melakukan sesuatu yang kita minati memang dapat menghilangkan stress. Hati akan gembira dengan hasil yang kita lakukan. Tambah tambah lagi bila mana hasil yang kita usahakan itu memberi kegembiraan kepada pemiliknya. Bertambah-tambahlah kegembiraan kita...

OKEY..itu saja untuk malam ini..semuga kita akan berjumpa lagi..

Comments

Popular Posts