Thursday, 31 October 2013

KEK

 Salam sejahtera..semua..selamat berhari minggu pada yang behujung minggu ya.. di Kelantan cuti 5 hari..uhh..memang berbaloi baloi bagi yang nak bercuti keluar negara. Dapat bercuti tanpa susah2 nak apply cuti ya. Tapi tengoklah hari rabu nanti..tugas yang menimbun tentu memaksa kita untuk tidak berangan-angan nak pulang awal ya..he..he.. Kerana Ita tak sempat nak update kan resepi jadi Ita updatekan beberapa keping gambar kek yang ditempah kawan-kawan. Kebetulan pagi ini Ita terpaksa ke pejabat lantaran ada tugas yang harus diselesaikan yang tak dapat dielakkan.

Jom kita tengok dan manalah tahu akan memberi sedikit idea kepada kawan-kawan ya..


Kek Berukuran acuan 8 inci
Tempahan seorang teman buat teman karibnya
Hiasannya agak simple kerana teman Ita ni sukakan sesuatu yang simple tapi...
 tetap tidak nampak selekeh

Tahniah..lah buat teman Ita kerana dia tahu menghargai erti persahabatan.. harap dia pandai memilih kawan
dalam hidupnya sebab kawan adakala menjadi lawan..nauzubillah..
Semuga Allah sentiasa memelihara kita




Mencari teman ketika kita senang..amat mudah dan 
 ramai..sekali tetapi mencari kawan ketika kita susah Tuhan saje yang tahu..
Jadi..,sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum cempedak menjadi nangka..
berhati-hatilah..teman-teman. Selalulah kita berhati-hati..
Kita sentiasa kena ingatkan diri kita.. dan bila kita jumpa teman yang sejiwa dan memamahi kita..
Jagalah hati dan perasaannya..dan jujurlah sentiasa.., semuga ia akan sentiasa gembira
bila disisi kita.

Selalulah kita menjadi seorang teman 
Bila Tiada Kita di Rindui.. Bila Ada Kita di Sukai..
Dan JANGAN lah kita menjadi..
Bila Tiada Kita di Sukai dan Bila ada Kita di Benci.. 


Kek ini juga menggunakan acuan 8 inci..
Juga tempahan seorang teman buat anak lelakinya
yang berusia 12 tahun

Anak lelakinya menggemari kartun Naruto..
Jenuh Ita mencari idea nak buat macam mana rekaannya..
Akhirnya.. dapatlah jugak idea ni
Alhamdulillah..anaknya gembira dengan kek ini..
Itulah sifat ibu..sentiasa mahu kan anak-anaknya gembira..
bila sesuatu yang anak hajati sebolehnya seorang ibu akan adakan..
Jadi..hargai lah ibu kita ketika ada hayatnya..
dan jika ibu telah tiada..juga kita masih mampu mengembirakan nya
cukuplah dengan membaca al Fatihah setiap pagi jika
 tak mampu atau tak sempat untuk membaca al Quran
Cubalah gembirakan hati orang-orang yang ibu kita sayangi..
muga-muga kita nanti tersenarai dalam list anak-anak soleh...amin...