PUDING KEK PELANGI

Assalamualaikum.. salam untuk semua. Terima kasih kerana sudi menyinggahi blog Ita. Masa yang santai begini..memberi ruang untuk Ita meng update kan blog kesayangan ini. Lebih memberi makna bila ada mesej dari kawan-kawan yang memberi tahu ia mulai rajin kedapur dihujung minggu atau bila punya masa yang terluang. Suami mereka memberi komen yang positif bila masakan kawan-kawan ini ada kelainan sedikit dari biasa. Malah lebih mengembirakan bila kawan-kawan Ita menyatakan terima kasih kerana memberi idea kepada mereka. Kalau dulu Ita fikirkan ilmu yang kita ada tidak lah seberapa..tetapi sebenarnya ilmu masakan yang dimiliki oleh seseorang dengan orang yang lain juga berbeza rupanya. Dari situ lah kita boleh bertukar-tukar resepi dan dapat menikmati masakan yang berlainan dari rutin yang biasa kita lakukan.

Untuk malam ini Ita nak berkongsi resepi Puding Kek Pelangi. Puding ini Ita ciptakan sendiri dengan bahan-bahan yang kebetulan ada didapur pada masa itu. Sementelah pada hujung minggu lepas banyak buat kek tak pakai kuning telur jadinya.., Ita takut membazir kuning telur.., lalu Ita buat lah puding rekaan ku ini. Nampaknya dapat sambutan jugak dari ahli keluarga..he..he..


Bahan-bahannya:

25 gm agar-agar yang mcm tali tu..
400 gm gula pasir
1.7 liter air
1 tin susu cair 
10 biji kuning telur
2 sudu tepung kastard
hirisan kek yang warna warni - ikut citarasa ya..

Cara-caranya:

  1. Bersihkan agar-agar, masukkan dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir dan air. 
  3. Masak hingga agar-agar dan gula hancur.
  4. Sediakan acuan. Susun kek cantik-cantik...
  5. Bila agar-agar masak, masukkan 1/4 agar-agar tadi kedalam acuan perlahan-lahan.
  6. Sejukkan. 
  7. Dalam bekas lain satukan kuning telur tepung kastard dan susu cair.
  8. Kacau sebati.
  9. Masukkan kedalam adunan agar-agar yang berbaki tadi. 
  10. Kacau diatas api perlahan sehinggan adunan menjadi pekat.
  11. Bila agar-agar yang didalam acuan tadi beku., curahkan adunan telur tadi diatasnya.
  12. Sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts