ROTI KARI

Salam semua... Apa khabar semua ya..harap semuanya sihat disamping keluarga dan teman-teman tersayang.. sebut pasal keluarga tersayang Ita teringat dengan orang yang paling  Ita sayangi.. siapa?? Tentu lah ibu Ita. Sebab itu selagi ada hayat dia, Ita cuba tunaikan keinginannya yang tidak seberapa mana. Ibu Ita tidak lah menpunyai kerenah yang berlebihan. Malah tak pernah memarahi anak-anak.., apalagi nak memukul.. Ita rasa Ita tak dapat menjadi sebaik ibu Ita itu. Ibu yang ita panggil ma.., amat memahami perangai dan keinginan anak-anaknya dan sentiasa faham dan memahami minat dan tidak pernah menghalang minat anak2 apatah untuk memaksa anak2 mengikut kehendaknya.

Alhamdulillah, kami masih boleh membesar dengan sempurna walaupun tidak menpunyai ibu yang garang. Minggu ini bila Ita berhasrat mahu pulang menjenguk ibu, Ita terfikir apa makanan yang ingin Ita masak untuk dibawa pulang untuk ibu Ita. Fikir dan fikir...dan fikir lagi..Ita nak buat kelainan sikit dengan membuat makanan untuk minum petang yang lain dari biasa. Maka timbul lah idea untuk membuat roti kari ini.


Roti ni bukan roti biasa-biasa ya.. roti ini ada suprise tau... kat dalam nya Ita letak kari. Bila di potong atau dibelah boleh terus cicah ngan kari nya tau..jadi bila bawa balik untuk ibu..dia pun tersenyum lah..macam-macam lah katanya..he..he.. Bila dipotong kat dalam nya ia akan kelihatan seperti dibawah..

Nah...! tengok..suprise kan...

Jom kita tengok macam mana Ita sediakan.

Sediakan kari ayam dahulu ya. Resepi kari ayam dah Ita tunjuk dulu ya. Sila semak. Jadi Ita akan tunjukkan untuk membuat rotinya dan cara nya je ya.

BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI

500 GM GANDUM BERPROTIN TINGGI
500 GM GANDUM BIASA - ITA GUNA BRAND BLUE KEY
11 GM YIS SEGERA
3 CAMCA TEH GARAM HALUS
80 GM GULA HALUS
200 ML SUSU SEGAR
400 ML AIR BIASA
2 BIJI TELUR
3 1/2 SUDU BESAR BUTTERCUP
2 1/2 CAMCA TEH BREAD IMPOVER + SOFTENER (ITA BELI YANG SIAP DICAMPUR)

CARA-CARANYA:
  1. MASUKKAN SEMUA BAHAN KEDALAM MIXER DAN PUTAR SELAMA 20 MINIT DENGAN KELAJUAN RENDAH.
  2. BIAR KAN DOH NAIK DAN KEMBANG SEKALI GANDA ATAU LEBIH KURANG 1 JAM GITU..
  3. KEMUDIAN TUMBUK2 KAN ADUNAN ITU YA.
  4. PASTU..SEDIAKAN KARI SEPERTI GAMBAR DIBAWAH.

 

Letakkan kari kedalam aluminium foil dan bentukkan seperti bunjut tapi bulat sikit ya supaya bila bila disalut roti ia nampak cantik.

Bunjutkan seperti dibawah ya..


Kemudian.. salutlah dengan roti tadi pada bunjut kari ini. Tengok gambar dibawah yang Ita telah siap balut dengan roti ya...

 
aaa...biar jadi macam ni ya..pastu tunggu dan sabar ya sehingga ia naik sekali ganda..

Kalau ada bakinya tu buat lah yang kecik2.. Ita bulat2kan dan letak inti sambal daging.. sapu kuning telur dulu sebelum dibakar tu..supaya nampak selera sikit....

Pastu bakar lah dengan suhu 170C selama 15-20 minit ya...

maka jadi lah roti ni macam ni.....




Hmm...menyelerakan ya... okey..nanti jangan tak cuba.. tentu lepas ni tak beli roti kat kedai dah..

Okey bye... Selamat Malam....








Comments

Popular Posts