VEGERONI GORENG

Assalamualikum... salam semua..semuga hari minggu macam ni ceria-ceria semuanya ya. Ita dah pun ke pasar dan bakery shop membeli sedikit persiapan untuk membuat kek-kek yang ditempah. Tak sabar rasanya nak bereksperimen dengan kek-kek nanti. Ya lah..setelah 5 hari penat bekerja..sampai masanya Ita merehatkan minda dengan minat Ita yang satu ini. Kerana hari minggu akan datang belum tentunya dapat bermain dengan minat ku ini. Kerana tuntutan kerja terkadang, Ita terpaksa mengorban hari minggu dengan tugas. Tapi..takpe..Ita selalu memujuk hati dengan bersyukur saja dengan apa yang dianugerahkan Allah kepada Ita. Tak baik merungut.., kerana kita kena sedar yang ujian yang diberikan hanya untuk menguji keimanan kita. Bila kita fikir macam tu..kita tidak akan mengeluh tidak puashati dengan apa yang ditakdirkan untuk kita. Tempuhi dengan tenang..ingat pada yang lebih malang dari kita. Dapat bernafas dengan bumi Allah pun dah dikira rezeki buat kita..jadi bersyukurlah dan terus bersyukur...Alhamdulillah..

Resepi yang nak Ita kongsikan pada pagi ini ialah Vegeroni Goreng. Resepi pagi ini untuk dihidangkan kepada anak-anak dan suami yang baru habis bertugas jam 8 pagi tadi. Okey kepada sesiapa yang nak cuba..boleh cuba ya..esok masih hari minggu lagi..sempat lagi nak pegi beli vegeroni ni..

Anak lelaki Ita tak berapa gemarkan sayur-sayuran, jadinya Ita terpaksa mengambil inisiatif lain untuk membekal sayur kepada badannya. Jadi dengan memberi sayur dalam bentuk pasta, tentunya dapat menarik minatnya untuk makan. Oleh sebab itu Ita menyediakan pasta bersayur ini untuk dia.. Bagi yang belum pernah memasak pasta ini.., untuk mendapatkan vegeroni bolehlah berkunjung ke Tesco..Ita suka memilih pasta di Tesco kerana disana kita diberi pelbagai pilihan samada rasa atau bentuk pasta yang kita inginkan.


Ita suka menggunakan Vegeroni brand San Remo..

BAHAN-BAHANNYA:

200 gm Vegeroni
1 sudu besar sos cili
150 gm udang - dibuang kulit
100 gm kubis - dipotong
1 tangkai daung kucai} di hiris
1 tangkai daun sup     }di hiris
1 biji cili besar - dihiris
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar mentega - untuk merebus vegeroni
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100 gm daging       
2 biji cili kering     
1 biji tomato         





Cara-caranya:

  1. Rebus vegeroni bersama air dan letak mentega.
  2. Bila vegeroni ini empuk tapis kan.. ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan garam, gula dan sos cili - kacau.
  5. Masukkan udang dan tunggu udang masak.
  6.  Sesuaikan rasa, masukkan kubis yang sudah dipotong tadi.
  7. Masukkan Vegeroni dan kacau.
  8. Akhir sekali masukkan daun kucai dan daun sup serta cili yang dihiris.
  9. Sedia untuk dihidang.
 Jangan lah jemu untuk menyediakan hidangan untuk orang-orang tersayang., kerana kita tidak tahu selama mana Allah akan meminjamkannya  untuk kita. Jangan lah nanti bila tiada kita akan meratap ketiadaannya..

SELAMAT MENCUBA...

Comments