Friday, 15 November 2013

AYAM MASAK ASAM PEDAS

Salam semua...kegembiraan berganda buat Ita hari ini bila mana adik Ita yang belajar kat Australia telah pulang untuk bercuti. Jam 11.30 malam tadi dia sampai di Airport Kota Bharu. Menu special Ita buat kan  hari ini untuk makan tengahari adalah Ayam Masak Asam Pedas. Dia memang pengemar ayam.., ikan dan daging tidaklah menjadi lauk keutamaannya. Jadi..,  untuk memenuhi seleranya Ita buatkan lauk ini. Alhamdulillah.. kena pulak dengan seleranya.

Untuk minum petang pulak.. Ita buat kek coklat 2 biji.. 1 biji untuk nenek yang datang ke rumah petang tadi.. kesian nenek yang datang jauh dari Pasir Puteh untuk dapatkan kek coklat ku... he..he..

Jom kita kongsikan resepi Ayam Masak Asam Pedas Ita ya..

AYAM MASAK ASAM PEDAS
 Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam yang sederhana besar - dipotong dan dibersihkan
1/2 senduk minyak masak
1/2 camca teh halba
1/2 ikat daun kesum - lbh krg 10 batang
1/2 camca teh gula
2 batang serai di ketuk
2 batang bunga kantan - dibelah 2
2 biji tomato - di belah 2
2 mangkuk air

Bahan Kisar:
5 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
sedikit  belacan - jika suka

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan serai, dan halba, kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Tumiskan bahan kisar tadi sebentar, kemudian masukkan ayam.
  4. Biarkan ayam empuk. Letak garam dan gula.Masukkan air.
  5. Bila ayam empuk, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  6. Akhir sekali masukkan tomato.
 
Okey dahh.... Selamat Mencuba. Resepi ini Ita rasakan amat mudah dan sedap. Jika nak lebihkan pedas boleh lah ditambah cili kering lagi. Dengan hanya 5 biji cili kering yang Ita gunakan ini, rasa pedasnya tidak lah menyengat sangat.., almaklumlah...Ita selalu diingatkan hubby..kurangkan pedas demi anak-anak...


  SELAMAT MEMASAK DEMI KELUARGA..