CEK MEK MOLEK
























 
Salam sejahtera buat teman-teman dan adik- adik semua.  Semuga semuanya dalam lindungan Allah. Mati dalam iman, adalah cita-cita semua orang Ita rasa.. Tak ada seorang pun yang mahu mati dalam kelalaian. Namun as a human being, kita terkadang alpa..siapa kita dan dimana kita berada. Jadi sebaik-baiknya..setiap pagi baca selalu al fatihah dan doalah semuga kita mati dalam iman.

Dan jangan lah lupa untuk saling mengingati antara kita agar hidup kita lebih bermakna. Ita..suka memerhati telatah manusia. Seiring dengan masa.., manusia semakin hilang keimanan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pendahwah-pendakwah kita, namun mereka lebih banyak menghadapi cabaran untuk menyedarkan antara kita agar dapat mengenali Allah dengan lebih dekat.

Entah dimana silapnya manusia lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada kebaikan. Tidak sukar sebenarnya untuk menjaga diri kita dari terjerumus kearah dosa. Dan dosa tidak semestinya nampak terang-terangan malah ianya boleh berlaku hanya sekadar dalam diri kita. Contohnya, sikap irihati... sikap ini amat memakan diri yang kita tidak nampak secara luarannya. Tapi tetap membahayakan diri kita. Nauzubillah..minta dijauhkanlah perasaan itu.

Oleh itu, bersihkanlah diri kita dari dalamnya..baru lah terpancar keserian diwajah. Walaupun kita tak cantik..tapi keserian itu tetap terserlah..percayalah..sebab kita berada dalam tenang tanpa ada penyakit hati..

OOpps...terlebih lak..emm..menu hidangan Ita petang ini adalah kuih tradisional Cek Mek Molek.., sesuailah dengan negeri kelahiran ku..he..he.. Jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahannya:

1 kilo ubi keledek -Direbus., Ita suka yang warna oren gitu
150 gm tepung gandum
1 camca teh garam
Gula secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:

  1.  Ubi yang telah direbus tadi, dilenyek terlebih dahulu hingga hancur.
  2. Campurkan dengan gandum.
  3. Bentukkan bujur dan letak ditengahnya gula.
  4. Bentukkan dengan cantik dan boleh di goreng.
  5. Bila warnanya agak keemasan sikit angkat.
  6. Sedia untuk dihidang.
  7. Lebih sedap dihidang dengan air teh 'O'.
 Ita guna sekilo keledek., boleh buat banyak sikit dan boleh diedarkan kepada jiran sebelah..he..he..


SELAMAT MENCUBA
 


Comments

Popular Posts