CHEESE TART

Assalamualikum...salam sejahtera buat semua. Jumaat.., penghulu segala hari.. Bacaan yaasin amat disarankan pada hari ini. Pahala yang lebih akan kita dapat berbanding dengan hari biasa.. Eloklah jika selepas subuh kita dapat usahakan untuk membacanya. Sedekah lah kepada orang-orang kesayangan kita yang telah pergi meninggalkan kita, tentu mereka kehausan menunggu hadiah dari kita. Jadi.., eloklah kita menghadiahkan yasin buat mereka yang telah pergi kerana kita juga akan ke sana suatu hari nanti.. dan muga-muga kita jugak akan mendapat imbuhan dengan perbuatan baik yang telah kita lakukkan.

Dalam memikirkan apa menu yang akan dimasak, Ita secara tak sengaja terfikir nak buat cheese tart buat anak lelaki kesayangan Ita yang sorang ni. Nak suprise kan dio lah konon.., bangun tidur..dah ada makanan kegemarannya. Jadi subuh2 lagi dah start menari-nari didapur. Haa...maka terjadilah apa yang nak jadi...he..he..

Nak buat cheese tart ni punya lah lama.., berbanding dengan nak memakannya.. 30 biji sekejap je habis..anak-anak..suka sangat.. tu buat Ita rasa semangat je nak buat. Suka tengok anak-anak makan dengan seleranya. Mak Ita pulak sukakan Fruits Tart, ingat nanti petang Ita nak buat untuk mak lah.. lagi pun bila kita buat dengan penuh ikhlas dan kasih sayang tentu orang yang menikmati hidangan kita akan merasa ke enakkannya. Ha..ha...

Berikut Ita kongsikan resepi cheese tart Ita untuk dicuba oleh teman-teman..


CHEESE TART

Bahan untuk kulitnya:

250 gm mentega
1 biji telur gred A
80 gm gula halus
380 gmtepung gandum
sedikit esen vanila
secubit garam

Kaedahnya:
  1. Pukul garam, gula dan mentega sebentar. Lebih kurang 1 minit je.. 
  2. Masukkan telur dan esen vanila, kacau sebati..
  3. Masukkan gandum, INGAT.. gandum masuk sikit2 tau, kalau dah rasa cukup lembutnya jangan habiskan nanti keras and then kalau tak cukup tambah sikit2 jugak nanti terlebih keras dan uli hingga menjadi doh yang lembut macam play doh anak2 kita main gitu..
  4. Bentukkan dengan acuan aluminium dan bakar selama 10 minit dengan suhu 170*C.
  5. Bila masak, angkat dan sejukkan.
  6. Buang dari acuan aluminium ketika masih panas-panas ya.. hati2..nanti kena tangan anda yang cantik tu.., pemberian Allah kena jaga ya.. tak de spare part..tu..


Bahan untuk inti:(cheese filling)

1 biji telur gred A
55 gm susu segar
20 gm  mentega
1/2 camca teh esen vanila
50 gm gula aising
270 gm cream cheese - Ita guna branch Tatura
Blueberry filling secukupnya- masukkan kedalam piping beg

Cara-caranya:

  1. Putar cream cheese dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan gula aising, telur, susu dan vanila.
  3. Masukkan kedalam piping beg.
  4. Bolehlah dimasukkan kedalam mangkuk tart yang disejukkan tadi. Bila hampir penuh, paipkan inti blueberry kedalamnya. sedikit je ya. pastu paipkan cheese filling tadi keatasnya.
  5. Jika suka ambik sedikit pewarna purple. Celupkan lidi didalam pewarna purple dan lukiskan diatas tart tadi mengikut bentuk yang yang disukai.
  6. Bakar sekejap, dalam 5-10 minit gitu. (mengikut tahap oven masing2.. Oven Ita dalam 6-7 minit gitu)..
  7. Bila masak angkat dan hidanglah dengan bangganya..he..he..











Comments

Popular Posts