KEK COKLAT LEMBAP

Salam sejahtera..semua. Hari ini Ita ada permintaan dari seorang jiran lama tapi masih berhubung lagi.. Dia meminta Ita updatekan resepi kek coklat untuknya. Katanya, mahu mencuba resepi Ita. Kek ini kebetulan Ita pernah buat untuknya, kebetulan kena dengan taste dia, makanya..resepiku menjadi pilihan untuk membuat kek  
hari jadi anaknya nanti..he..he...tq2..

Tak mahu bercerita panjang..Ita straight to the point ya..

Maaf lah ye..akak..Ita lambat update..sebab Isnin 2 hari lepas Ita ke Kuala Lumpur..ada hal sikit. So..dah dapat resepi ni..akak boleh lah buat kek harijadi untuk permata hati akak tu ya... 

Jom kita tengok bahan dan cara-caranya:

KEK COKLAT LEMBAP

90  gm serbuk koko
180 gm minyak jagung
260 gm gula halus
275 gm susu pekat
1 tin susu cair
4 biji telur gred A
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
160 gm tepung gandum
3 biji strawberry untuk hiasan - dibelah 2



Panaskan air didalam kuali atau periuk untuk kita panaskan adunan kek tadi secara double boiler.
 
Dalam mangkuk, satukan serbuk koko, gula, susu cair,
 minyak jagung dan susu pekat. 

Kacau dengan whisk hingga sebati dan licin didalam bekas diatas air panas tadi. kacau sebati ya... bila sebati..angkat..

Dalam bekas lain, putar telur hingga berbuih. Masukkan adunan coklat tadi kedalam telur. Gaul sebati.

Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat kedalam adunan tadi.

Masukkan kedalam loyang yang beralas kertas minyak yang disapu dengan sedikit minyak disekelilingnya.

Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam @ 1 jam15 minit.  

Untuk membuat coklat ganache:

200 gm Coklat masakan - potong kecil
2/4 cawan susu
2 sudu besar minyak jagung

Caranya:
  • Cairkan coklat masakan bersama susu.
  • Bila cair masukkan minyak jagung, angkat   dan kacau sebati.
  • Bila kek sejuk bolehlah dicurahkan diatas kek sambil digoyang2..hingga  coklat meliputi keseluruhan kek.
  • Bolehlah diletak strawberry diatasnya..

SELAMAT MENCUBA...

Comments

Popular Posts