KOLEH TAHI MINYAK

Salam mesra untuk semua...kembali bertemu dan terima kasih kerana masih sudi menjengok dapur Ita kali ini. Kali ini Ita nak share kan resepi Koleh Tahi Minyak.. tapi Ita tak tahu pulak luar dari Kelantan dan Terengganu kuih ni dipanggil apa..

Kuih tradisional ini adalah kuih kesukaan keluarga Ita, mak selalu buat kan kuih ni..nak-nak musim tengkujuh dipenghujung tahun tahun..time tu..sekolah cuti....jadi dook..aje kat umah..jadinya..ada masa mak buat lah kuih ni.. nak2 minum pulak kopi 'o'..aduhs..! best giler.. Semua kuih..ada kenangannya kan..Ada kuih ada cerita..

Tapi kuih ni sekarang dah masuk hotel dah..nak2 pulak bulan puasa...memang adalah kat hotel2...


Haaa..tengok...sedapkan.. jom..jangan lengah2 lagi..kita tinjau bahan-bahannya..silap2..semua bahannya dah ada kat dapur pun,..tunggu kita nak buat je...

Bahannya:

150 gm tepung beras
40 gm tepung jagung - jika suka....
1 liter santan +
1/2 camca teh garam
220 gm gula
sedikit pewarna hijau

Caranya:

  1. Semua bahan-bahan diatas di gaul sebati dalam mangkuk, jangan ada yang berketul2 ya.
  2. Tapiskan.. dan masukkan kedalam periuk.
  3. Kacau diatas api perlahan hingga adunan pekat dan berkilat.
  4. Setelah adunan masak, masukkan kedalam loyang.
  5. Tunggu hingga keras dan sejuk. Boleh dipotong.
  6. Untuk dapatkan yang warna coklat, Ita gantikan gula dengan gula melaka.

Untuk membuat tahi minyak:

 3 cawan santan yang dicampur dengan 1/2 camca teh garam.

Cara: Masak santan hingga pecah minyak dan garing.. tapiskan minyak dan ambil tahi minyak  itu dan taburkan di atas koleh tadi...

emm..rasanya..memang best....


SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts