MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR

Assalamualaikum... harap semua dalam lindungan Allah. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menikmati ciptaan Allah ini. Kali ini Ita nak kongsikan sayur campur masak lemak yang Ita sediakan pada jumaat yang lepas. Hujan-hujan macam ni lebih enak sayur ini dihidang panas-panas bersama nasi yang juga panas. Mesti best giler..nak-nak kalau ada pulak budu dan ulam, mesti mak mertua lalu pun tak perasan..ha..ha...

Untuk tidak  berceloteh panjang Ita terus kepada bahan-bahan dan penyediaannya ya. Ya lah..dah malam-malam macam ni mata pun makin layu.. he..he.. sementelah lagi balik kerja pun agak lewat malam ni..

Okey, sesiapa yang nak mencuba tu,..boleh lah baca bahan-bahan dan arahannya ya..cara penyediaannya cukup mudah..orang putih kata simple.. orang bujang yang tak pernah masak pun boleh buat sayur  ni..sebab mudah sangat2..



Bahan-bahannya:

250 gm kobis - dipotong dan dibersihkan
3 biji lada hijau dipotong
1 biji timun - dibelah dua dan dipotong
2 biji lada merah - dipotong
1 biji bawang besar-dipotong bulat
1/2 biji karot- potong

1 1/2 sudu kecil garam

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 ekor ikan selayang yang dibakar
1 1/2 liter santan

Caranya:

  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk. 
  2. Kacau tanpa henti untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul. Guna api sederhana.
  3. Bila mengelegak, masukkan sayur dan kacau.
  4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.
  5. Angkat, dan jangan biarkan sayur dimasak terlalu lama.

SELAMAT MENCUBA....

Comments