Tuesday, 26 November 2013

ORANGE CUPCAKES

Assalamualaikum semua... semuga semuanya sihat hendaknya. Hadapi lah dugaan hidup dengan tenang dan  sabar agar kehidupan kita lebih tenang. Dugaan hidup tidak akan jauh dari kita. Terkadang memang luar kawalan, membuat diri kita tidak normal sebentar...istighafar lah banyak-banyak dengan sedikit ujian Tuhan itu, percayalah akan ada yang lebih baik kita terima nanti sebagai gantinya.

Malam ini Ita nak kongsikan resepi cup cakes yang mudah untuk hidangan anak-anak dimusim cuti macam ni.. resepi ini selalu Ita gunakan untuk sediakan cupcakes ringkas untuk anak-anak kesayangan Ita. Dari kakak hingga adik bongsunya memang sukakan cupcakes ini.

Berikut adalah resepinya:

 Bahan-bahannya:
A

6 biji telur gred A
1 sudu ovellete
1 sudu kecil baking powder
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil air biasa
230 gm gula halus

B

3 sudu besar susu pekat
260 gm mentega
2   sudu besar orange paste


Caranya:

  • Pukul bahan A hingga kembang.
  • Dalam bekas lain pukul bahan B hingga kembang.
  • Masukkan bahan B kedalam A.
  • Masukkan kedalam cup cakes dan bakar dengan suhu 170*C selama 20 minit.

CUBA YA...JANGAN TAK CUBA....