Tuesday, 19 November 2013

POPIA

Salam sejahtera.. semuga kawan-kawan dan adik2 semua dalam lindungan Allah hendaknya. Rindu tidak terkira pada blog kesayangan Ita ini bila mana ditinggalkan beberapa hari ini. Ita ke Kuantan menghadiri kursus, jadi tidak berkesempatan untuk mengupdatekan blog ini. Alhamdulillah, hari ini dapat jugak mengupdatenya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menggunakan medium ini sebagai rujukan, malah ada yang memberi cadangan yang baik. Terima kasih.

Hari ini Ita ingin kongsikan resepi popia. Ita teringat akan hubby Ita yang sangat gemarkan popia ini. Jadi bila tengok dia tak ada mood sikit..mula lah kita terfikir untuk buatkan dia popia ini. Dengan sendirinya.. bibirnya akan tersenyum.. lebar. Ya.. kuih kegemarannya.. Hmm..apa lagi ...kita pun hepi..bila tengok senyumannya..he..he...



POPIA

Bahan-bahannya:
1 peket kulit popia
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/5 cawan cuka
1/4 cawan gula 
1/5 cawan air

Bahan tumis:
1/2 biji carot - dipotong
1 cawan taugeh - dibuang ekornya
1 cawan sengkuang yang dipotong memanjang
1/3 cawan kacang peas - yang dalam tin
1/3 cawan jagung rebus
1/2 biji timun - dipotong memanjang
1 1/2 sudu teh garam
5 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji lada merah - dicincang
1/2 kiub pati ayam
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis kan bawang putih dan  bawang besar.
  2. Masukkan semua sayur-sayuran.  Masukkan garam. Jika suka masukkan 1 camca teh gula. 
  3. Kacau sebati.
  4. Ambil kulit popia, isikan intinya dan gulung.
  5. Kemudian digoreng dengan minyak yang banyak dengan api yang sederhana.
  6. Bila warna keemasan, angkat. Hidang bersama sos.

Sos:


  1. Campurkan sos tomato, sos cili, cuka, air dan gula.
  2. Kacau diatas api yang perlahan hingga gula larut.
  3. Sesuaikan rasa.
  4. Hidang bersama popia tadi.


Semuga ianya menjadi hidangan petang anda yang sempurna..

SELAMAT MENCUBA..