PUDING LAPIS AISKRIM DURIAN

Assalamualaikum..salam sejahtera untuk semua..semuga dalam lindungan Allah sentiasa. Di Kota Bharu hujan boleh dikatakan hampir setiap hari.. kalau nampak panas terik cepat-cepat mahu jemur kain tapi dalam sekelip mata je.. hujan turun dengan lebatnya. Tak sempat nak mengangkat semula kain..sedih..sedih. Kain tak sempat kering diampaian..kain lain menimbun lagi nak tunggu giliran untuk dibasuh.

Tapi nak buat macam mana, sememangnya macam tu lah kalau akhir tahun. Kena redha lah dengan keadaan di pantai timur ni diakhir-akhir tahun macam ni.. yang risaunya kalau berlarutan hingga ke bulan Januari tahun depan.. kesian budak-budak sekolah.. terpaksa berbasah ditimpa hujan nak ke sekolah. Pakaian seragam nak kena lebihkan, risau baju tak sempat kering untuk ke sekolah.

Berbalik kepada masakan Ita yang nak dikongsikan hari ini ialah Puding Lapis Aiskrim Durian. La..tak habis lagi musim durian rupanya ya.. Tak lah..aiskrim durian tak bermusim.. sepanjang musim ada aiskrim durian. Jadi tak payah risau, nak buat puding ni.., bukan musim durian pun, puding ni tetap boleh dibuat. Jom kita semak resepinya..

Bahan-bahannya:
30 gm serbuk agar-agar
3 liter air
1/2 cawan gula merah
700 gm gula pasir
3 biji telur
1 1/2 cawan santan 
2 helai daun pandan
1 cawan ais krim durian

Cara-caranya:

  1.  Masak gula pasir, serbuk agar-agar, air dan daun pandan.
  2. Kacau hingga gula larut. Bila mendidih angkat.
  3. Ambil 1/3 bahagian dan campurkan dengan aiskrim durian.
  4. Kacau hingga aiskrim cair dan masukkan kedalam acuan. Bekukan.
  5. Baki puding tadi dimasak semula bersama gula merah. Kacau hingga gula merah larut. Angkat dan tapiskan.
  6. Masukkan semula kedalam periuk. Didalam mangkuk lain pukul telur bersama santan, biar sebati.
  7. Masukkan adunan telur kedalam periuk puding tadi. Biarkan diatas api hingga mendidih lebih kurang 1 minit. Jangan kacau untuk mendapat kan tompokan telur yang cantik. 
  8. Angkat dan curahkan kedalam lapisan aiskrim tadi dan bekukan.

SELAMAT MENCUBA..


 

Comments

Popular Posts