PULUT PANDAN DURIAN

SALAM SEJAHTERA....Alaihai...lamanya tak bersua... betul-betul sibuk dengan tugas.. rindu membuak2..nak update blog ni..tapi tak berkesempatan..he..he.. Dengan izin Allah dapat jugak Ita meleraikan rasa rindu ini.. Dapat mengupdate blog adalah kegembiraan buat diri..ya lah... dapat meluahkan apa yang terpendam dijiwa.., melalui masakanku yang tak seberapa ini. Alhamdulillah...Alhamdulillah..


Hari ini Ita nak updatekan masakan semalam iaitu..pulut pandan durian. Pulut pandan Ita ni lain cikit.. Entah mengapa semenjak dua menjak ni Ita suka sangat makan pulut durian. Hinggakan sampai rumah kul 10 malam.., Ita masih lagi ajak hubby ke kedai makan untuk makan pulut durian. Tapi tak puas2.. pada hal masa kecik2 dulu.. (sekarang dah besar..he..he..) tak suka pun dengan durian ni..


Ayah bawa balik dari kebun pun kita buat dekk..je...tak jeling pun.., apalagi nak pandang. Kalau tak bagi kat jiran mesti akhirnya durian tu..tersengih..terus masuk tong sampah..@ pun ma (mak) buat lempok (Sejenis kuih yang dibuat dengan durian-lebih kurang macam dodol dan ada yang panggil dodol durian) kesudahannya. Tapi Tuhan itu maha kaya..diterbaliknya..sifat kita itu bila dah tua2 macam ni.. Betullah hidup kita seperti putaran roda...


Jom kita saksi kan pulut durian Ita ni.. kekawan yang nak cuba boleh cuba...Ita buat lebih pastu packing masuk frezer pastu nak makan bila2 masa boleh makan..panaskan kuah..kukus pulut hidang dgn durian..waduhs...enak bangat dong...

PULUT PANDAN DURIAN


Bahan-bahannya:

A
500 gm pulut - direndam 30 minit. .(Tapi Ita rendam sebelum pergi pasar..balik terus kukus)
2 titik pewarna hijau- diletak semasa rendam ya..
2 - 3 helai daun pandan
1/2 cawan santan pekat + 1/2 camca teh garam

B
Bahan untuk kuah:

1  1/2 cawan santan pekat
1 keping gula melaka - yang bulat tu.. 
2/3 cawan gula perang - boleh kurangkan sikit jika tak mahu manis sangat
800 ml air sejuk


C
Isi durian - Ita cukup dengan 2 biji durian yang sederhana besar


Caranya:


Kukus pulut bersama daun pandan  sampai setengah masak.
Kemudian angkat dan gaul dengan 1/2 cawan santan pekat yang dicampur 1/2 camca teh garam.
Kemudian kukus lagi hingga masak.

KETEPIKAN....


Untuk buat Kuahnya:

Campur semua bahan-bahan untuk kuah..masak diatas api perlahan hingga 
gula melaka dan gula perang hancur..
Pastu..boleh lah dihidang terus dengan duriannya....emmm..
Ita makan pulut ni tak boleh makan dengan sudu...makan dengan tangan 
memang hingga menjilat jari lah...

CUBALAH!! MEMANG BEST GILER!! Buat penggemar durian la...
yang tak gemar tu minta maaf lah...

Comments