Saturday, 28 December 2013

PEACH CAKE

Salam penuh kerinduan buat semua...kali ini Ita menyediakan kek paling istimewa buat yang teristimewa..he..he.. Kek kali ini ialah kek peach.  Susunan peach yang mengiurkan amat mengoda sekali. Kepada peminat kek jangan lupa mencubanya ya..

Lama tidak Ita updatekan blog ini walaupun banyak resepi yang tersimpan untuk di kongsikan tapi tak berkesempatan untuk menghadap komputer lantaran tugasan yang terpikul amat-amat banyak..menyebabkan kesibukan menemani Ita sepanjang masa.

Namun..kita kena sentiasa sedar..ada hikmah disetiap kejadian yang menimpa kita. jadi..banyakkan bersabar dan bersyukur saja..


Kek ini Ita sediakan untuk minum petang beberapa hari yang lepas..
Memikirkan anak-anak yang tinggal dirumah..musim cuti sekolah.. lalu Ita sediakan beberapa jenis makanan ringan.

Berikut adalah bahan-bahan yang harus disediakan:


PEACH CAKE

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
215 gm Gula halus
260 Tepung naik sendiri
3 biji telur (gred A)
1 camca teh oren paste
110 gm groung almond (Badam kisar-halus)
1 tin peach (lbh kurang 650 gm)



Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 160*C.
  2. Sediakan acuan kek, alas dengan kertas dan disapu dengan minyak jagung.
  3. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu demi satu -pukul lagi hingga kembang.
  5. Masukkan oren paste-kacau rata.
  6. Masukkan badam kisar dan tepung gandum naik sendiri.
  7. Masukkan kedalam acuan dan susukan hirisan peach tadi.
  8. Bakar selama 50 minit.
  9. Bila masak cucukkan dengan lidi. Jika tiada kesan melekat pada lidi, boleh lah diangkat.
  10. Jika masih ada kesan kek pada lidi maka tambahkan masa dalam 10 minit gitu..