SI JANTUNG HATI

Salam sejahtera..apa khabar semua.. Hari ini Ita nak updatekan sedikit pasal keluarga Ita. Ita mempunyai anak lelaki yang berusia 8 tahun. Tahun depan umurnya meningkat ke 9 tahun. Aduhs! terasa baru je menimang dia semasa kecil..alih2 dah pun besar.. dah pandai buat pilihan sendiri. Umi nya yang terpaksa ikut rentak dia dalam membuat pilihan barang2 miliknya samada baju, kasut dan peralatannya...aduh-aduhs.. hebat anak lelaki ku ini.

Makanan nya banyak kepada western food, takde makanannya..maka tak makan lah dia hari tu..., tak macam uminya..kampung giler...tak ada ulam dan budu dalam hidangan memang tak sah... kontra sangat dengan anaknya...

Menanti kelahirannya setelah 13 tahun berkahwin amat mengujakan Ita. Memiliki anak lelaki seawal perkahwinan adalah menjadi impian Ita., tapi apakan daya..kita hanya merancang.. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu.. akhirnya ditunaikan juga keinginan Ita untuk memiliki anak lelaki. Ketandusan makhluk lelaki dalam keluarga Ita memang menyebabkan ahli keluarga kami amat mengharapkan anak-anak yang bakal lahir lelaki. Adik perempuan Ita memiliki 4 anak perempuan tanpa lelaki dan adik ketiga Ita mempunyai 3 anak dan hanya dikurniakan seorang anak lelaki bongsu baru berusia 2 tahun. Semetalah ayah Ita juga hanya mempunyai seorang saudara lelaki dan dari sebelah ibu Ita pula hanya mempunyai 2 saudara lelaki. Manakala, mak cik Ita juga mempunyai 8 orang anak perempuan tanpa seorang pun lelaki.Uhh..!! keluarga kami memang ketandusan lelaki...he..he..
Adik beradik Ita seramai 7 orang... adik yang ke 6 dan ke 7 lelaki. Ita yang sulung dan hingga yang ke 5 adalah perempuan. Membesar dikalangan adik beradik perempaun membuatkan adik lelaki Ita pandai memasak dan mengemas rumah. Itulah kelebihannya..

Emm..tapi tak semuanya..masih ada juga saudara yang mempunyai anak lelaki.. Memiliki anak lelaki memang pengalaman yang berlainan Ita lalui..

Gambar-gambar ini Ita ambilkan sebentar tadi semasa anak lelaki Ita bersiap-siap dengan abahnya untuk ke masjid. Mulanya dia tidak mahu ke masjid dengan alasan tak mahu meninggal komputernya.. (nak main game la tu....) Lalu Ita memujuknya...abah tak de teman dik..sian abah.. ke masjid tanpa teman.. lalu dia bersetuju untuk ke masjid..alhamdulillah..

Ita amat bersyukur sekali dengan kurniaan Allah ini. Ita sentiasa berjanji dengan diri Ita menjaga amanah Allah ini dan mendidiknya ke jalan yang diredaiNya...amin..

Comments

Popular Posts