CHEESE CAKE

Salam sejahtera semua..apa khabar dengan hujung minggu anda semua. Harap semuanya sihat..Emm..cepatnya waktu berlalu..kejap je..dah pun pertengahan bulan January ya.. Tak lama lagi teman-teman chinese kita nak menyambut Gong Xi Fa Chai.. 

Buat teman-teman chinese yang pernah mengenali Ita, selamat tahun baru cina buat mereka ya.. 

Tak sekerap dulu Ita updatekan blog Ita..he..he.. sibuk melayan novel2 kegemaran..membuatkan Ita alpa sekejap. mana taknya..banyak sangat novel2 menarik yang berada dipasaran.. walaupun sibuk dengan tugasan pejabat, rehat 10 minit pun nak jugak baca novel walau 1-2 muka surat..he..he..

Kembali kita kepada topik dapur kita kali ini.. Ita ada nak kongsikan satu resepi yang agak menarik  dengan anda semua iaitu...


 Taaada.!!!! Cheese Cake yang mengairahkan..... nyum.. nyum..

Kegemaran kami sekeluarga...


Bahan-bahannya:


A:                                  

4 biji kuning telur
1 1/2 cawan minyak (lebih elok guna minyak jagung)
2 cawan carrot - disagak perah buang air, perah betul2
240 gm gula perang
260 gm tepung                            }
2 sudu kecil serbuk rempah         } diayak bersama
1 1/2 camca teh baking powder   }
100 gm buah kismis/buah-buahan kering
100 gm walnut - dicincang


B

4 biji putih telur



C (Topping)

250 gm cream cheese
150 gm butter
150 gm gula aising

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven.
  2. Sediakan acuan kek, sapu minyak jagung dan alas dengan kertas minyak. 
  3. Sapu minyak jagung diatas kertas alas tadi.
  4. Pukul telur,  masukkan gula dan minyak. kacau sebati.
  5. Masukkan walnut dan carrot dan kismis/buah-buahan kering.
  6. Masukkan bahan ayak tadi..kacau sebati.
  7. Dalam bekas lain,  pukul bahan B hingga kembang dan kental.
  8. Masukkan ke dalam adunan tadi.
  9. Kacau dengan kaedah kaup balik.
  10. Bakar dengan suhu 170*C selama 50 hingga 60 minit bergantung kepada oven masing2..
  11. Bila masak..cucuk tengah-tengah kek tadi dengan lidi. Jika masih melekat pada lidi tadi, bakar lagi selama 10 minit hingga masak.

UNTUK MENYEDIAKAN TOPPING

Campur semua bahan-bahan C kacau sebati hingga lembut dan sapukan pada kek. Jika suka bolehlah diletakkan parutan cheese macam Ita buah tu...




So.., boleh lah mencuba ya.. untuk santapan keluarga atau tetamu yang datang bertandang...

SELAMAT MENCUBA..
Ruzita Idias Ismail


Comments

Popular Posts