KEK BALDU BIRU

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera buat semua. Menu yang Ita publishkan ini tidak lah sehebat mana..kerana ia hanya sebiji kek ringkas buat hidangan tetamu yang akan bertandang ke rumah. Sesuai dengan  waktu petang..cukuplah sekadar beberapa potong kek dan teh o untuk dinikmati sambil berbual bual kosong untuk mengeratkan silaturahim antara teman-teman yang terpisah dek kekangan masa yang membatasi waktu untuk bersembang panjang. 

Hari minggu walaupun kita tidak dibebani dengan waktu kerja hingga lewat malam, namun Ita tetap sibuk dengan anak-anak tuisyen, menziarahi orang tua dikampung serta tugas-tugas rumah yang Ita tangguhkan pada hari biasa. Semuanya nak dibuat pada hari minggu.

Kek Ita kali ini adalah kek baldu biru. Berikut adalah bahan-bahannya:

KEK BALDU BIRU

 Bahannya:
 
250 gm butter-Ita guna buttercup
230 gm gula halus
1 sudu teh pandan pes
2 sudu pewarna biru
1 senduk serbuk koko
265 gm tepung gandum
5 gm baking powder
1 sudu kecil esen vanila
130 gm susu segar
4 biji telur

Cara-caranya:

Panaskan oven .
Griskan acuankek dan alaskan dengan kertas minyak.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan pewarna dan pandan pes.
Kacau sebati.
Masukkan gandum yang diayak bersama baking powder berselang seli dengan susu segar.
Tompokan adunan dengan senduk ke dalam acuan kek dengan menjarakkan adunan tersebut.
ayakkan serbuk koko dengan penapis, kemudian sendukkan adunan tadi lagi dengan kaedah yang sama hingga adunan habis.
Bakar dengan suhu 170*C selama 50 minit @ hingga masak.
Cucuk dengan lidi ditengah2 kek, jika ada
adunan yang melekat tandanya kek belum masak lagi.

Ita sedayanya akan mencuba hidangan dari air tangan sendiri untuk tetamu yang bertandang kerumah. Paling sibuk pun, jika kesuntukan masa cukup sekadar goreng cempedak atau bubur jagung atau tat buah-buahan..  Tapi..kena bagi tahu dulu kalau nak datang..kalau tak...alamak biskut tawar chap ping pong je lah.. he..he.
SELAMAT MENCUBA
 

 
 


 

Comments

Popular Posts