KEK MARBLE RAINBOW

Assalamualaikum...


Entah kenapa terasa susah nak mengantuk malam ni sedangkan seharian menjaga dan menunggu anak dihospital terasa kepenatannya. Mungkin kah kerisauan seorang ibu terhadap anaknya sehinggakan Ita rasa tersangat susah nak melelapkan mata. Namun Ita tetap bersyukur kerana pembedahan dapat dilakukan dengan selamat.

Walaupun penyakitnya tak seserius mana tetapi sedikit sebanyak keresahan dan kerisauan tetap bertandang di hati Ita sebagai ibunya. Namun begitu.. dapur Ita kali ini tetap nak menyumbangkan satu resepi kek buat teman-teman yang menunggu atau mencari cara untuk membuat kek yang menarik dan ringkas untuk hidangan keluarga tersayang atau untuk hidangan tetamu. Ita kalau buat kek, mesti nak nampak kek tu ceria je..warnanya pun nak yang terang2 supaya nampak menarik. Apapun warna nya teman-teman boleh lah ubah mengikut taste masing-masing ya... Tapi kek Ita kali ini dipotong dalam keadaan panas-panas lagi menyebabkan serpihan tak menarik pada bahagian atasnya. He..he.. gara-gara nak cepat lah tu..nasib baik masa ambik gambar tak nampak wap panasnya berkepul2...he..he..


Jom kita semak resepinya.. rasa-rasanya.. bahan-bahannya tentu dah ada kat rumah tu..sebabnya Ita guna yang basic aje.. Bolehlah dibuat teruskan..untuk hidangan minum petang nanti..

KEK MARBLE RAINBOW

Bahan-bahannya:

260 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/3 camca teh garam
4 biji telur- gred A
100 ml susu segar - Ita guna Fresh Milk Dutch Lady
300 gm mentega
20 gm serbuk koko
Pewarna hijau, purple, kuning dan oren

 Cara-caranya:
 
Panaskan oven.
Sapukan minyak jagung  atau mentega pada acuan yang dialas kertas minyak.
Dalam mangkuk, campurkan baking powder, gandum dan garam. 
Ayak.
 Jika tak mahu diayak, boleh juga kacau sebati dengan pemukul telur yang kecil.
Putar gula dan mentega hingga 
berkrim .
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar
sebati.
Masukkan campuran gandum tadi diselang seli dengan susu segar.

Pastikan bermula dengan campuran gandum dan berakhir dengan gandum juga. Putar lagi hingga sebati. 

Kemudian adunan tadi di bahagi kepada 4 bahagian dan campurkan dengan warna pilihan. Masukkan warna oren kedalam bekas acuan. Ayak serbuk koko diatasnya rata-rata dan nipis sahaja. Kemudian masukkan adunan warna hijau pula. Ayak lagi dengan serbuk koko diatasnya. Begitulah hingga adunan habis.

Bolehlah dibakar dengan suhu 170*C selama satu jam. Ada sesetengah oven 50 minit je. Tapi oven Ita memasak kek mengambil masa selama 1 jam.

aa....cuba ya...


SELAMAT MENCUBA
Ruzita Idias Ismail, Kota Bharu..
 






Comments