SATU PERKONGSIAN

Assalamualaikum.. apa khabar semua.. semuga semuanya dalam lindungan Allah s.n.t. Pagi ini perkongsian kita lain dari kebiasaannya. Ita tak start masak lagi untuk hari ni..mungkin sekejap lagi.. Ita masih lagi bercuti menemani anak lelaki yang tidak berapa sihat. Just nak kongsikan sedikit info untuk teman-teman. Sambil memenuhi masa sebelum masuk ke dapur sekejap lagi. 

Terfikir oleh Ita, nak berkongsikan sebuah ilmu dan pengalaman mendidik anak-anak. Walaupun Ita mempunyai 3 orang cahaya mata namun karektor setiap orang amat berbeza sekali. Ita pernah mendengar ucapan seorang teman sepejabat 17 tahun dulu.. teman  Ita ni mempunyai 3 orang cahaya mata pada masa itu sedangkan Ita baru mempunyai seorang anak perempuan. Dia pernah mengeluh kerana pening memikirkan hal anak-anaknya yang bermacam ragam. Namun masa itu Ita tak berapa fikirkan sangat rintihan nya. 

Sekarang, bila Ita mempunyai anak seramai 3orang baru Ita terfikir tentang ucapannya itu. Memang, betul kata-katannya itu. Tiga orang anak Ita memang mempunyai perangai yang berbeza walaupun diberikan didikan yang sama. Si kakak yang pendiam dan lembut..banyak perkara yang dia tak kongsikan, si adik kedua pula lebih terbuka dan kuat bersukan.. mempunyai ramai kawan dan peramah.., mudah tersenyum dan si bongsu pulak banyak bercakap..selalu bertanyakan soalan yang luar dari tahap umurnya.. lebih memahami Ita dan mudah mendengar kata.

Memang Ita akui.. semasa mengandungkan sibongsu, Ita dah agak matang masa tu..berbanding dengan si kakak dulu. Ita berkahwin ketika  usia 21 tahun! Jadinya tentunya masa tu pengalaman sebagai ibu adalah amat cetek sekali. Semasa mengandungkan si bongsu Ita dah berusia awal 30-an. Masa tu pulak, Ita memang suka baca Quran..so..Ita rasa memang berbeza..

Namun Ita sematkan dalam diri Ita untuk mendidik anak-anak ke jalan yang benar. Mahukan yang terbaik untuk anak2.. Jadi Ita cuba semaikan pada anak-anak Ita agar kecil-kecil lagi sudah tahu tujuan hidup. Bila anak-anak pandai berkomunikasi kita harus semaikan kesedaran bahawa hidup ini ada tujuannya. Allah mencipta sesuatu bukan sia-sia, sekali pun ciptaaanNya cuma pasir2 yang dipijak orang. Semuannya ada tujuannya.

Dan sebagai ibu Ita akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, jaga makan minum mereka, memastikan rezeki yang anak-anak kita kecapi adalah rezeki yang halal. Kerana rezeki itu lah yang akan menjadi darah daging kita. Baik rezeki yang kita dapat, maka baiklah yang jadi kepada anak-anak kita. Sentiasa memohon keberkatan daripada Allah..



Ketika bertandang ke rumah teman di Narathiwat, Thailand..

Ita rasa cukup dulu untuk masa ini... masa untuk ke dapur pula... bye...

Buat teman2 yang pernah Ita kenali.. maafkan Ita jika selama mengenali Ita, Ita pernah menyakiti hati kalian tanpa Ita sedari.. maafkan Ita. Sesungguhnya kita insan yang lemah..


Ruzita Idias Ismail
K.Bharu.. 

Comments