Sunday, 16 February 2014

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Salam semua...muga2 sihat ya.. menyambung kembali perkongsian ilmu masakan kali ini. Menunya amat ringkas.. sesuai dengan hari bekerja. Kena cepat dan ringkas. Cepat siap..cepat boleh makan.. cepat lah boleh rehat.. ada masa lebih.. boleh sambung baca buku kegemaran..he.he.. Paling tidak pun boleh fikirkan idea2 baru untuk tempahan kek akan datang. 

Alhamdulillah..hingga ke bulan Mac..tempahan penuh.. Maka dapat lah Ita berkarya dengan kek-kek hari jadi dan kek kahwin. Paling mencabar bila buat kek 2 tingkat.. Nak tercabutlah wayar otak ni.. nak memikirkan supaya ianya mampu memuaskan hati pengantin ni.. Namun lebih mengembirakan bila pengantinnya tidak cerewet dan hanya menyerahkan kan kepada Ita seratus peratus bentuk dan jenis kek nya asalkan tak lari jauh dari temanya warna peach pink.. emm..cantikkan peach pink..

Kembali kepada resepi Ita malam ini..Ita kongsikan resepi Ayam Masak Merah Bermadu. Ini adalah resepi  kegemaran anak-anak Ita. Terutama Adam.. nama pun kanak-kanak.., tentu ayam pilihan utama dalam hidangan. Berikut Ita kongsikan resepinya.




Bahan-bahannya:

1/4 ekor ayam -sederhana besar
1 1/2 sudu garam halus
Minyak untuk menumis dan mengoreng
1/2 sudu besar gula             1 sudu makan sos tiram

Bahan kisar:
1 biji tomato                    1 inci halia
4 ulas bawang putih         1 biji cili merah
1 biji bawang besar         2 biji cili kering


Bahan Hirisan:
1 biji tomato - dibelah 4        1 biji bawang besar
1 biji cili merah - dihiris          1/2 batang sup - dihiris

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak untuk mengoreng ayam.
  2. Sapukan garam halus pada ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
  3. Goreng hingga masak.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Panaskan kuali,  masukkan sedikit minyak.
  6. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
  7. Bila naik bau, masukkan gula, sedikit garam (sikit je) madu dan sos tiram. kacau sebati
  8. Bila hampir masak, masukkan bahan-bahan hirisan tadi.
  9. Masukkan ayam yang digoreng tadi, gaul.
  10. Sedia untuk dihidang.

Itu lah dia hidangan ringkas Ita untuk kali ini.

SELAMAT MENCUBA
                                                                                                          
Ruzita Idias Ismail
 Kota Bharu 08:37 pm