BERGEDIL DAGING


Salam sejahtera semua.. semuga sihat semuanya. Walaupun bercuti panjang, kepenatan dengan kerja2 rumah tetap dirasakan. Terasa sekejap je..masa berlalu.., sedangkan kerja rumah tak siap2 jugak. Ita akui..kerja surirumah memang sangat2 memenatkan. Apatah lagi kalau anda juga seorang bekerjaya dimana pengurusan masa sangat mencabar ..uuhh.. tentu kesannya keatas stress kita makin berganda.

Dah 5 hari Ita tak masuk pejabat dek kerana bercuti menjaga anak lelaki Ita yang tak sihat.. 

Malam ni nak Ita kongsikan satu resepi untuk hidangan bersama nasi atau mee soto atau jugak soto ayam.. Ita sangat sukakannya.. Resepinya adalah Bergedil Daging.


Bahan-bahannya:

350 gm Daging kisar
2 biji kentang - direbus dan di              hancurkan
2 biji cili merah - dicincang
2 biji bawang merah - dicincang
2 biji bawang putih dicincang
1 tangkai daun bawang - diracik halus
garam secukup rasa
1 camca teh lada sulah

2 biji telur
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-caranya ::

  1. Gaulkan semua bahan kecuali telur dan minyak.
  2. Gaul hingga sebati.
  3. Bentukkan menjadi bulat atau leper.
  4. Panaskan minyak.
  5. Celup bergedel tadi kedalam telur dan goreng hingga masak.
  6. Hidang bersama makanan kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA..
Ruzita Idias Ismail
Kota Bharu, 22 Macrh 2014

Comments

Popular Posts