SAMBAL UDANG PETAI

Assalamualaikum...buat teman-teman yang sentiasa mengikuti perkembangan blog Ita. Buat yang baru bertandang, selamat datang dan silakan masuk ke ruang ini. Disamping kita berkongsi ilmu.., kita juga dapat menambah rangkaian silatulrahim antara umat. Alhamdulillah.. Hari ini Ita kurang sihat sikit, terasa sakit dan lenguh2 seluruh badan. Situasi ini jarang Ita alami, kerana Ita amat menjaga kesihatan diri. Tak pernah culas dengan pengambilan supplement membolehkan Ita menjalani kehidupan yang sihat dan tenang. Namun, kuasa Allah siapa yang dapat menjangka..jika Dia mahu kan sesuatu maka jadilah ia mengikut kehendakNya.

Namun kita kena sentiasa beringat dan sedar yang kita tak selalu memperolehi apa yang kita inginkan dan jangan sesekali kita menyesal dengan takdir kita. Jalanilah kehidupan kita dengan reda supaya tiada rasa sakit hati yang wujud dalam diri kita. Ia adalah penawar  buat kita untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Pagi ini nak Ita kongsikan satu resepi yang ada dalam koleksi Ita iaitu sambal petai udang. Pedas-pedas lagi hidangan kali ini. Mulanya Ita nak updatekan resepi biskut tapi entah dimana silapnya gambar biskut tak nak kluar bila Ita post kan. Memang Ita ni tak mahir IT..he..he.. so Ita tukarkan dengan resepi Sambal Udang Petai.. Lapar pulak tengok resepi ni ya..





Bahan-bahannya:

500gm udang yang sederhana besar
      - dicuci & toskan
1 tangkai daun bawang - dipotong
1 biji tomato - dibelah 4
1 labu bawang besar - dipotong bulat
3 keping petai - diambil bijinya-dibelah 2
garam
gula
dan sedikit sos tiram 
sedikit minyak untuk menumis

bahan kisar:
1 biji tomato
1 inci halia
3 biji lada kering
1 biji lada merah
5 ulas bawang putih
sedikit belacan


Cara-caranya:


Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tunggu hingga naik bau.

Kemudian masukkan udang. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit sos tiram.

Bila udang masak,masukkan petai, daun bawang tomato, cili merah dan bawang besar.

 Sedia untuk dihidang..


SELAMAT MENCUBA

Ruzita Idias Ismail


Comments

Popular Posts