CUPCAKES CHOCOLATE

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua.. alhamdulillah.. bertemu kembali dalam segmen perkongsian ilmu ini. Syukur sangat2 dapat menyumbang lagi sedikit ilmu yang ada pada Ita. Kali ini Ita nak kongsikan resepi yang selalu Ita ambik tempahan iaitu..cupcake coklat. Cupcakes ini Ita telah buat pada Jumaat kelmarin. Dimana, ianya ditempah oleh sahabat suami yang akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Oleh kerana tempahannya agak banyak, Ita memulakan proses membuat kek itu awal pagi lagi selepas menghantar anak ke kelas tuisyen.


Sebelah petangnya, hampir ke pukul 4, Ita telah siap menghantar tempahan ini ke rumahnya. Akad nikah anak perempuan sahabat suami Ita ini dilansungkan pada Jumaat malam dan majlisnya pada hari ini. Pukul 12 tengahari adalah majlis persandingannya. Sangat cantik pasangan ini dan pengantin perempuannya kelihatan sangat anggun sekali. Semuga mereka berbahagia hingga ke anak cucu.

Berikut Ita sertakan resepi cupcake coklat ini untuk perkongsian kita kali ini.




 Bahan-bahannya:

300 gm         Mentega
450 gm         Gula halus
   1 sudu teh  Garam
400 gm         Gandum
1 1/12 sudu teh Soda bikarbonat
4 biji              Telur
150 ml          Susu Segar (Ita guna

brand Dutch Lady Fresh Milk)




Cara-caranya:

  1. Panaskan oven dahulu.
  2. Dalam mangkuk adunan masukkan mentega, gula dan garam.
  3. Pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan  telur satu persatu dan pukul sebati.
  5. Dalam mangkuk lain, ayak gandum dan soda bikarbonat.
  6. Kemudian masukkan kedalam adunan mentega tadi sambil diputar dengan kelajuan rendah.
  7. Bila sebati, masukkan susu segar dan pukul lagi.
  8. Bila sabati, masukkan kedalam piping beg dan isikan kedalam cawan kertas atau acuan kek cawan.
  9. Ingat ya..jangan isi penuh. Sekadar 2/3 sahaja..sebab ia akan kembang nanti.
  10. Bakar pada suhu 160*C selama 20 minit.
  11. Bila masak cucuk dengan lidi ditengah2nya.
  12. Jika tiada adunan yang melekat pada lidi tadi, menandakan cupcake dah masak..
  13. Okey siap untuk dihidang..




so..lepas ni bolehlah ambik tempahan ya..mulakan dengan mengambil tempahan dengan saudara mara dan kawan2 dulu..lama-lama kawan2 akan rekemen pada member2 dia lak.. a..aa... macam tu la Ita mulakan bisnes part time ni dulu.. Tapi Ita dulu permintaan daripada saudara mara dulu.. hinggakan bila tiba musim raya..saudara mara akan ingatkan Ita dulu..bertambah erat silatulrahim..alhamdulillah..





Ini lah tempahan yang Ita buat kelmarin bersama anak-anak..










Okey da...

SELAMAT MENCUBA


Ruzita Idias Ismail

Comments