Monday, 17 February 2014

GORENG CEMPEDAK

Assalamualaikum.... harap semua dalam lindungan Allah. Jika ada sesuatu yang tak puashati..tu.. janganlah merintih ya.. setiap yang berlaku tentunya bersebab. Sabar lah dalam menempuh disetiap dugaan yang mendatang, insyallah kejayaan dan kebaikan juga yang kita dapat akhirnya. Sentiasa lah motivasikan diri kita dengan memikirkan benda-benda yang positif agar kita dapat tempuhinya dengan tenang.

Jangan terlampau memikirkan pandangan orang lain terhadap kita, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Jadi, jika kita rasa kita berada  dijalan yang betul..teruskan. Insyaallah..kita selamat. 

Okey untuk malam ni nak Ita kongsikan resepi ringkas untuk rujukan kepada yang memerlukannya..


Petang tadi balik awal sikit.. Jam 7 lebih dah sampai rumah. Dekat je opis ngan rumah Ita. Lebih kurang 15 minit je time petang. Sebab dah lepas lama dah waktu pejabat.. so jalan taklah jem sangat. Untuk hidangan keluarga tesayang..sementara menunggu hidangan makan malam. Ita sediakan sedikit minum petang bersama goreng  cempedak yang ternyata sangat ringkas. Tapi ingat..cempedak ni memang Ita dah sediakan awal2 dan simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk. nak makan je boleh buat terus.

GORENG CEMPEDAK

1 MANGKUK ISI CEMPEDAK
2 CAWAN TEPUNG BERAS
1 CAWAN AIR
1 BIJI TELUR
1 CAMCA TEH KAPUR
1 CAMCA TEH GARAM
1/2 CAMCA TEH KUNYIT
 MINYAK UNTUK MENGGORENG SECUKUPNYA




CARA-CARANYA:

  1.  CAMPURKAN SEMUA BAHAN KECUALI ISI CEMPEDAK.
  2. GAUL SEBATI.
  3. PANASKAN MINYAK.
  4. GORENG CEMPEDAK HINGGA WARNANYA KEEMASAN DAN MASAK.
  5. ANGKAT DAN TOSKAN.
  6. SEDIA UNTUK DIHIDANG.

SIMPLE KAN..

TIPS: Sebab tu Ita selalu kupas awal2 isinya dan simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan kedalam peti sejuk. Bila tetamu datang tanpa memberitahu Ita awal2..inilah hidangan ringkas tentu sempat kita masak, he..he..