Thursday, 20 February 2014

GULAI TELUR ITIK

Salam semua.. 


Hari ini Ita nak kongsikan resepi dari dapur Ita. Kalau cuti2 macam ni selalunya hubby tak makan tengahari dipejabatnya. Dia sabar untuk makan dirumah. Ini lah hubby Ita yang suka  makan dirumah.. jadi Ita dan 2 anak hanya makan ringan2..sementara menunggu hubby pulang untuk makan dirumah.

Ita teringat telur itik pemberian Kak Khairah, teman office hubby. Terkejut juga..mulanya .. dapat telur percuma dan banyak pulak tu.. Jadi Ita mengambil keputusan untuk memasak gulai telur itik dan kerabu taugeh. Hmm.. nampaknya.. semuanya suka kecuali Adam yang hilang selera makan dah 3 hari. Terpaksa guna menu lain untuk hidangannya.Semuga anakku cepat sembuh. Terima kasih juga buat kak Khairah..

Jom kita tinjau resepinya..




 Bahan-bahannya:

4 biji telur itik
1 sudu teh garam
1 keping asam gelugor
1 cawan santan pekat
1 camca teh gula

Bahan kisar:

3 ulas bawang merah
2 inci kunyit
2 biji cili kering
1 inci lengkuas
1 liter air

 
 

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk.
  2. Bila mendidih masukkan santan.
  3. Perlahankan api, masukkan santan..kacau perlahan-lahan
  4. Masukkan gula, garam dan asam gelugor. Sesuaikan rasa
  5. Bila mendidih, masukkan telur dan jangan kacau, perlahankan api.
  6. Jangan kacau ya..nanti telur hancur.
  7. Bila telur masak bolehlah diangkat.

Okey..bye..


SELAMAT MENCUBA
Ruzita Idias Ismail
Kota Bharu..