KARI IKAN SIAKAP

Salam sejahtera.. bercuti panjang tak bermaksud kita bercuti kesemua tugasan kita. Rutin harian rumahtangga tetap seperti biasa. Selagi bernama isteri, selagi bernama ibu..tanggungjawab tetap sama walaupun hari cuti..hmmm.. itu lah lumrah hidup dan tanggungjawab. Kadang2 pening juga memikirkan tanggungjawab yang satu ini..

Ya..tanggungjawab untuk menyenangkan hati seisi rumah.. nak mencapai selera masing-masing bukan mudah juga. Jika dihidang benda yang sama..menjemukan juga. Jadi..kena lah kreatif memikirkan apa yang hendak dimasak agar kena dengan selera ahli keluarga.. Tapi..kat rumah Ita, masakan yang tak pernah ditolak ialah kari.. buat apa jenis kari pun..memang tinggal periuk kosonglah akhirnya...he..he.. Jadi, tak mahu berfikir panjang.. jalan yang paling mudah untuk Ita selesaikan ialah dengan memasak kari ikan siakap.

 Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap (saiz sederhana- dibersihkan & dipotong 2)
1 cawan santan pekat.
1.5 liter air
1 batang serai dititik 
Garam dan gula secukupnya
sedikit gula melaka
2 biji kentang - dikupas kulit dan dibelah 4 


bahan untuk ditumis
3 biji bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia 
2 sudu besar rempah kari - dibancuh bersama sedikit air
1 batang kulit kayu manis 
2 biji bunga lawang
1 biji buah keras-diketuk
3 helai daun kari
1/2 camca teh halba
sedikit minyak untuk menumis

 Cara-Caranya:

Panaskan minyak.
Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
Kemudian masukkan semua bahan tumis yang lain.
Bila naik bau nya, masukkan rempah kari yang dibancuh tadi. Masak hingga rempah kari masak. Selepas itu boleh lah dimasukkan serai yang dititik tadi.

Kemudian masukkan ikan dan kentang, perlahankan api. Tutup periuk, biarkan hingga ikan masak. Bila ikan hampir masak, masukkan air. Kemudian masukkan garam, gula dan gula melaka. Biar hingga air mendidih, barulah dimasukkan santan, sambil dikacau tanpa henti. Sesuaikan rasa, tambahkan garam dan gula jika perlu.

Sedia untuk dinikmati...

SELAMAT MENCUBA
Ruzita Idias Ismail
 


Comments

Popular Posts