Tuesday, 25 February 2014

KERABU TAUGEH

Assalamualaikum.. harap semuanya dalam lindungan Allah s.n.t..


Pertamanya..lewat malam macam ni lebih terasa kedamaiannya. Lebih tenang setelah seharian penat bekerja. Namun dengan kerja2 kita sebagai perempuan yang Ita rasa tak pernah2 nak habis..bertambah2 adalah dari sehari ke sehari.., namun hidup tetap diteruskan. Samada kita suka atau tidak.., terkadang kita terpaksa mengharunginya juga. holla!!.. tertulis sudah nasib kita macam ni... what to do..


Malam ni disamping menyiapkan tugasan Ita.., nak juga Ita kongsikan resepi Kerabu Taugeh dengan teman-teman sekalian. Kepada sesiapa yang tak pernah buat masakan ni.. bolehlah mencuba. Dirumah Ita, Alhamdulillah..semuanya mengemari masakan ini. Cara buatnya taklah rumit sangat tapi kena rajin sikit sebab Ita kalau masakan yang menggunakan kerisik, Ita lebih suka buat sendiri walaupun kerisik ada dijual dipasar. Sama juga dengan cili kering..Ita lebih suka mengisar sendiri cili kering banyak2 dan simpan didalam peti ais.

Entry ini Ita tulis dari 3 hari lepas lagi.. tak siap2 lagi  lantaran tututan tanggungjawab terhadap anak lelaki yang tak berapa sihat membuatkan Ita terpaksa menangguhkannya. Hari ini anak lelaki Ita terpaksa dimasukkan ke wad untuk pembedahan kelopak matanya. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Jom tengok resepi Ita..



Bahan-bahannya

2 cawan taugeh - diredam air panas sekejap
4 batang kacang panjang - dihiris bulat
2 biji cili merah- dihirs nipis
2 biji bawang merah dimayang halus
2 biji bawang merah untuk ditumbuk bersama ikan
1 ekor ikan - direbus
1 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan santan pekat
1/3 cawan kelapa parut - di goreng  tanpa minyak
garam secukupnya

Cara-caranya:

Dalam mangkuk, campurkan taugeh, kacang, kerisik @ kelapa goreng,
cili merah dan bawang hiris.
Tumbuk ikan, lada hitam dan bawang merah hingga hancur.
gaulkan dengan campuran taugeh dan kacang panjang tadi.
Masukkan santan dengan garam, kacau hingga garam hancur dan
gaul bersama campuran sayuran tadi.





Kerabu ini juga sangat enak dimakan begitu saja, Ita selalunya kalau rasa takde selera nak makan nasi.. Ita makan kerabu macam ni je...

SELAMAT MENCUBA