MACARON

Salam untuk semua..apa khabar.. bertemu kembali kita untuk kesekian kali nya. Semalam Ita terpaksa mengambil cuti emergency kerana anak lelaki Ita, Adam mengalami bengkak dibahagian matanya. Selepas pergi ke klinik sebelah pagi ..dia kelihatan tidak gembira. Keadaan ini tentunya amat merisaukan Ita sebagai ibunya.

Untuk cuba membuat dia kembali ceria, Ita cuba berbuat sesuatu. Setelah fikir dan fikir, Ita mengambil keputusan untuk membuat macaron agar dia kembali ceria. Dengan macaron yang berwarna warni ini ternyata menarik minatnya. Sambil bermain games kegemarannya (walaupun sakit mata..tu..) dapat dia mengunyah macaron.

Bagi Ita, Ita taklah gemar sangat macaron ni kerana rasanya yang sangat manis. Tapi remaja sekolah juga gemarkannya. Anak perempuan Ita yang menuntut di tingkatan 5, memberitahu Ita.. ada kawannya menjual macaron disekolah dan mendapat sambutan. Rupanya macaron adalah kegemaran budak2 sekolah..he..he..






Bila dibuat dengan pelbagai colour macam ni tentu menarik..


MACARONS

Bahan-Bahannya:

A:                                                                           C:

4 biji putih telur gred A                                           Inti: Peanut Butter/ coklat secukupnya
50 gm gula halus

B:

270 gm gula aising
110 gm serbuk badam
pewarna kuning, pink, hijau dan biru


 Caranya:
Putar putih telur hingga kembang, kemudian masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga ianya kental.
Nak tahu ia cukup kental atau tidak
cuba angkat pemutar dan jika ia tidak jatuh itu
menandakan kekentalannya dah mencukupi.

 Dalam bekas lain, campurkan 
gula aising dan serbuk badam. Ayak 
dan masukkan ke dalam adunan putih telur tadi. Kaup dan balikkan dengan spatula je..

Pastu..boleh lah dibahagi kepada 4 bahagian. Warnakan mengikut citarasa.
Masukkan kedalam piping beg seperti disebelah.
Sediakan kertas minyak dan lukiskan
 bentuk bulat mengikut saiz yang dikehendaki.
Tapi awas...!!! saiz hendaklah sama..jika tidak macaron anda akan besar sebelah..tak balance..

Pastu paipkan diatas bulat yang dilukiskan tadi.

Bakar sehingga masak. Oven Ita cuma 
10 minit je dah masak. Suhu jangan terlalu panas..cukup je 140*C. Jika terlampau panas macaron akan merekah.


Bila masak sejukkan. Ambil macaron dan letakkan peanut butter/coklat sebagai intinya.




SELAMAT MENCUBA..
Ruzita Idias Ismail

Comments

Popular Posts