Wednesday, 26 February 2014

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum... buat teman-teman. Hari ini Ita masih bercuti lagi. Alhamdulillah, anak Ita dah beransur sihat. Minggu depan umi nya dah boleh masuk office.. Dah lama tinggal tugas tentu nya timbunan tugas yang tertangguh terpaksa dihadapi. Ya.. terkadang kita terasa terbeban dengan dua tugas dalam satu masa. Tanggung jawab terhadap keluarga dan tanggung jawab dengan kerjaya kita. Ita juga tidak terkecuali dengan perasaan itu. Pernah juga terdetik dihati.. kenapa aku pilih kerjaya ni..kenapa aku tak dapat kerjaya yang memboleh aku mengimbangkan tugas rumah tangga dan tugas pejabat. uoch!! Cepat2 istighafar panjang2... kembali terfikir kepada takdir serta qada dan qadar dari Allah. Fikir balik...fikir balik.... Apa yang terjadi  ada hikmahnya.

Pernah juga rasa nak aje berhenti kerja.. dan jalani kehidupan seadannya.    Dalam masa yang sama.., masih takut2..dengan dunia baru. Tak boring ke duduk rumah setelah anak2 dah besar panjang. Apa nasib kita dikemudian hari. Juga tak lupa.. kita akan kehilangan kawan2 yang kita sayangi setelah berada di rumah.. aahh!! macam2 pulak fikiran ni...

Eee..banyak pulak melalutnya Ita ni.. jom lah kita tengok apa yang telah Ita buat kat dapur pagi ni...

 

Ini juga salah satu makanan kegemaran keluarga Ita. Hubby yang sangat obses dengan kari, menjadi ikutan pulak kepada anak2nya. Kesemua anak2 Ita sangat sukakan kari. Berlainan dengan Ita yang tak berapa gemarkan kari. Ita lebih sukakan sayuran salad yang segar.. Jadi menu keluarga Ita terpaksalah banyak kepada yang berasaskan kari. Tapi yang sedihnya..sampai sekarang pokok kari yang Ita tanam tak pernah2 nak hidup subur.. yang peliknya pulak pokok2 lain elok je..idup.. he..he..

Jadi..pagi ni.. Ita buat macaroni bakar untuk hidangan keluarga Ita. Jom kita intai2 apa bahan2 yang Ita gunakan..

Bahan-bahannya:

3 cawan macaroni - Ita guna yg seperti kulit kerang tu
1 sudu mentega
300 gm isi ayam - dicincang
1 sudu udang kering - direndam air dan tumbuk
10 biji telur
1 cawan susu segar
2 biji lada merah - dicincang
1 biji bawang besar-dicincang
1 labu bawang putih - dicincang
4 sudu rempah kari-dibancuh dengan sedikit air
2 batang bawang-dicincang
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis

untuk sos:

1/3 cawan sos cili
1/3 cawan sos tomato
3 sudu gula
1 susu garam
1/5 cawan cuka - ikut suka ya..




Cara-caranya:

  1. Rebus macaroni mentega hingga lembut.
  2. Angkat dan tos kan.
  3. Panaskan oven.
  4. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi.
  5. Bila naik bau, masukkan bancuhan kari tadi.
  6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  7. Masukkan ayam dan udang kering. Biar hingga ayam empuk.
  8. Masukkan cili cincang dan daun bawang.
  9. Angkat dan gaul bersama dengan macaroni tadi.
  10. Didalam mangkuk lain, pecahkan telur dan campur bersama susu segar tadi.
  11. Kemudian masukkan kedalam adunan macaroni. Curahkan didalam acuan yang disapu dengan minyak masak.
  12. Bakar pada suhu 170*C selama40 minit.

Untuk membuat sos nya;

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan. Kacau hingga gula larut. Angkat. Hidangkan bersama macaroni tadi.
 
SELAMAT MENCUBA