MEE SUP

Assalamualaikum...semua, pe khabar ya.. cuti panjang ni tentunya banyak rancangan ye..mana2 yang tertangguh tu tentu dapat dilunaskan pada hari2 cuti begini ya. Sama lah kita.. mana2 kerja yang tertangguh pada hari biasa, hari ini lah mangsanya. Namun..acara jalan-jalan tetap diteruskan juga. Acara menziarah jiran lama, kenalan dan sahabat handai tentu menjadi agenda ya..

Namun..dapur juga tetap jadi keutamaan, kerana itu lah senjata untuk mengeratkan kekeluargaan kita. Resepi kali ini adalah sumbangan Encik suami yang amat mengemari sup. Ita cuma menolong je..sebab kalau bab2 sup ni, Ita memang kalah..ha..ha.. Sup dia tetap menjadi pilihan anak-anak Ita. Jadi time menu sup ni.., Ita dapat merehatkan diri atau jadi juri je kat dapur tu..

 Bahan-bahannya:

5 biji bawang putih diketuk-ketuk-buang kulit. (Hubby Ita tak pernah nak potong bawang putih, dia ketuk    ganas2 gitu..he..he.. - gaya chef lah tu kononnye..)
4 ulas bawang merah - dihiris halus
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 bunjut sup (sebarang sup)
300 gm ayam - dipotong kecil2
3 biji telur
1 peket mee kuning
1 batang sawi - dipotong
1.5 liter air
1 sudu kecil garam (ikut selera masing2)
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji tomato - dibelah 4@6
2 biji cili merah - dihiris
1/2 biji lobak merah-jika suka
sedikit minyak untuk menumis

 Cara-caranya:
Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, kulit kayu manis. Goreng hingga naik bau.
Masukkan air, dan sup bunjut.
Masukkan hirisan ayam.
Masukkan garam dan serbuk perasa.
Bila mendidih, masukkan sawi dan lobak merah.
Masukkan mee dan telur, tunggu
hingga telur masak.
                                                                                 Akhir sekali masukkan tomato dan lada hiris.
                                                                                Tabur bawang goreng jika suka.

Siap.... untuk dihidang..

SELAMAT MENCUBA.....
Ruzita Idias Ismail

 

Comments

Popular Posts