KERUTUK UDANG

Assalamualaikum..buat teman-teman semua. Alhamdulillah..bersua kita kembali.. dapat lagi kita berkongsi ilmu yang membuat kita gembira, membuat kita bertambah ilmu (mudah-mudahan...). Semuga dengan ilmu ini dapat kita membina kehidupan yang lebih bahagia.. ya..dapat menyediakan menu kegemaran keluarga dan sahabat handai..  Ita suka mengunjungi sanak saudara dengan buah tangan Ita. Ita gembira melakukkannya.. Tambah-tambah lagi Mr Hubby yang tak pernah nak melarang Ita dalam mencuba resepi2 baru.. dia lah yang selalu memberi komen2.. walaupun kadang2 dapur Ita bersepah dengan peralatan memasak.. Mr Hubby tetap memahami.. Ita tak tahu kenapa Ita obses sangat dengan masakan, kalau nak try buat resepi baru tu.. kadang2 tak menyempat2..nak tunggu hari minggu.. Balik kerja.. sebelah malamnya terus je ke dapur. Sudahnya.., dapur belum kemas sempurna..mata dah mengantuk. Emm.. memang pun.. bila dah siap buat.., baru terasa kepenatannya...he..he..

Kerjaya Ita menuntut Ita bekerja lebih dari 12 jam sehari..terkadang.. sehingga 16 jam!!  stress jugalah terkadang tu.. so., Ita ada cara tersendiri untuk menanganinya. Salah satunya.., dengan melakukan hobi Ita. Ya..memasak.!! mencuba resepi baru.. lebih mengujakan bilamana hasilnya disukai oleh ibu Ita, anak2 dan Mr Hubby.. tentu mengembirakan. 

Okey..untuk hari ini nak Ita kongsikan satu resepi baru untuk teman-teman semua. Resepinya ialah Kerutuk Udang. Pagi tadi..jenguk2 kat peti ais ada ada udang galah yang kecik je....so, Ita berkira2 nak buat kerutuk udang galah..uuhh!! meleleh air liur membayangkannya.

Kerutuk udang ni Ita buat untuk anak-anak Ita  yang sukakan udang..dan bekalan untuk kakak bawa balik ke asrama nya


Gambarnya tak berapa menarik kerana Ita ambil kat meja dapur aje.. Ita tak pandai dalam penggunaan cahaya. Ita lebih suka ketika cuaca pagi sahaja. 100 peratus menggunakkan cahaya matahari yang lembut.

Jom kita tengok resepinya.

BAHAN-BAHANNYA:

1 kilo udang galah
1 cawan santan pekat
3 sudu rempah kerutuk
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
garam secukupnya
minyak untuk menumis:
1 sudu gula


Bahan-bahan kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cawan kerisik
1 batang serai
1 inci halia
sedikit belacan
8 biji cili kering

Cara-caranya:

  1. Rebus udang separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  3. Masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. kacau hingga rempah masak.
  5. Masukkan santan pekat, garam dan gula.
  6. Masukkan udang. Kacau perlahan-lahan.
  7. Biar hingga kuatnya pekat.
  8. Bila udang masak, boleh lah diangkat.
Kerutuk ini bukan sahaja enak dimakan dengan nasi. Ita juga menghidangnya dengan roti atau pulut. Memang best.. Cuba lah...
Okey ...nite..
SELAMAT MENCUBA

 


Comments

Post a Comment