KACANG BUNCIS GORENG

Assalamualaikum... apa khabar semua. Harap semuanya sihat dan dalam lindungan Allah. Banyak hari jugak Ita tak update blog ini dek kesibukan yang bertali arus. Hari ini juga masih sibuk menguruskan anak-anak tuisyen dan mengemas rumah. kepenatan jugak berganda lantaran Mr Hubby yang outstation, tak boleh lah nak membantu kita. He..he..he.. kenalah lakukan bersendirian..

Think positive..!! ya betul tu.. ianya melatih kita untuk berdikari.. Tuhan dah aturkan yang terbaikk..untuk kita.  Ita  selalu fikirkan itu jika kita terasa teraniaya, rasa susah, rasa terbeban, entah apa2 lagi rasa yang kita tak suka. 

Jom kita kongsi resepi ringkas Ita hari ini.

Bahan-bahannya:
1 keping tempe - digoreng dan dipotong dadu
1 ikat kacang buncis - dipotong
1 biji tomato dibelah 6
1 biji cili merah - dihiris
1 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
2 biji bawang merah -dihirs
3 biji bawang putih - dhiris 
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
1 sudu besar kicap
Garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis





 Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Kemudian masukkan kacang buncis, jangan lama sangat kerana sayur akan layu.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sos tiram.
  5. Masukkan tempe dan tauhu, kacau rata. Akhir sekali masukkan cili merah, tomato dan bawang besar.
  6. Sedia untuk dihidang.
Untuk menu ni..Ita tak suka sediakan awal2..masa beberapa minit hendak makan baru lah Ita masak. Ita lebih suka hidang masa panas2.. best...buat pengemar sayur.
OKEY...BYE..

                          SELAMAT MENCUBA..

Comments

Popular Posts