Saturday, 22 March 2014

KARI AYAM BERSAMA TERUNG

Berikut adalah resepi Kari Ayam bersama Terung.

 Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam -dipotong dan dibersihkan
2 biji kentang - dikupas dan dipotong 4
1 biji terung - dipotong memanjang
1 biji tomato - belah 4
3 sudu rempah kari - dibancuh dengan sedikit  
                     air
1 cawan santan pekat
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 biji bawang merah -dihiris 
4 biji bawang putih - dihiris
1 sudu cili kisar
1 inci halia- dihiris
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba
1 sudu besar gula
1.5 liter air
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, halba, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan halia dan daun kari.
  4. Bila naik bau, masukkan cili kisar dan serbuk kari  yang dibancuh tadi.
  5. Kacau perlahan-lahan hingga kari agak masak. Masukkan ayam dan kentang, taburkan garam. Tutup periuk dan perlahankan api.
  6. Bila ayam empuk masukkan santan pekat dan air.
  7. Masukkan gula dan sesuaikan rasa.
  8. Akhir sekali masukkan terung. Tutup api, masukkan tomato.
  9. Bila masak boleh dihidang bersama nasi tomato.