Saturday, 29 March 2014

LALA MASAK BERSERAI

Assalamualaikum... bersyukur kita dengan kurniaan Allah kepada kita semalam, hari ini dan hari2 mendatang..

Sementara menunggu kepulangan hubby malam ni.. nak Ita kongsikan satu resepi kegemaran anak lelaki Ita. Resepinya adalah Lala Masak Berserai. resepinya memang sangat ringkas. Memang elok lah dengan Ita yang selalu berkejaran dengan masa ni.. cepat dan ringkas. Jadi kepada sesiapa yang sibuk dan nak memasak juga..bolehlah mencuba hidangan ini. Gerenti tak menyesal punya.. malah tentu nya, next time buat lagi..he..he..

 
 Bahan-bahannya:

1 kilo Lala
3 sudu besar minyak masak
6 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 batang serai - diketuk
1 camca teh garam
3 biji cili padi - diketuk (jika suka)





Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan garam, sos tiram, cili padi dan serai.
  4. Kacau. Masukkan lala, perlahankan api.
  5. Tutup periuk. 
  6. Bila lala masak boleh lah diangkat dan hidang.

S E L A M A T  M E N C U B A
  1.