Saturday, 22 March 2014

NASI TOMATO

Assalamualaikum.. apa khabar semua ya... harap sihat2 semuanya. Malam ni nak Ita kongsikan resepi semalam. Ita masak Nasi tomato bersama ayam masak madu (resepi dah dipublishkan dulu), Kari Ayam Bersama Terung dan Acar Sayur. Desert Ita buat Puding Pandan Berjagung.

Untuk malam ni..Ita akan sertakan resepi Nasi tomato, acar sayur dan kari ayam bersama terung. Oleh kerana ayam masak merah bermadu dah Ita publishkan, jadi teman-teman dan adik2 boleh lah semak ya. Dan puding pandan berjagung tu insyaallah.., esok akan masukkan.


Bahan-bahannya:

3 cawan beras - dicuci dan ditoskan
1 tin tomato puri (220gm)
4 1/2 cawan air kosong
4 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam
3 biji bawang merah - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 inci halia


Cara-caranya:

Panaskan minyak sapi.
Bila cair, masukkan bawang merah, bawang 
putih, halia, kulit kayu manis,
bunga lawang dan
buah pelaga.
Bila naik bau masukkan tomato
puri.
Masukkan garam.
Masukkan air dan beras.
Masak nasi hingga masak

Bolehlah dihidang bersama lauk-lauk lain ya.