SIRA LABU


Assalamualaikum semua.., semuga semuanya dalam keadaan yang baik. alhamdulillah.. bersyukur  kita dengan nikmat hidup yang Allah kurniakan untuk kita hari ini. Namun.., kita jangan pula lupa dengan nikmat yang Allah berikan ini. 

Tak mahu berpanjang lebar.. malam ini nak Ita kongsikan satu resepi untuk hidangan ringan. Resepi ini adalah sumbangan En.Suami yang menyediakannya pada hari Jumaat lepas. Ita amat mengemari manisan ini tapi Ita lebih suka suami Ita buat kerana air tangannya amat kena dengan selera Ita. he..he.. Kalau di Kelantan menu ni biasanya adalah menu wajib bagi majlis kenduri. Ia dipanggil Sira Labu.



Jom kita semak resepinya..



Bahan-bahannya:
1 biji labu yang sederhana besar
2 helai daun pandan
2 cawan air
3 senduk gula
1 sudu teh bunga cengkih
1 sudu teh kapur - untuk merendam labu

Cara-caranya:

  1. Buah labu di buang kulit dan dipotong.
  2. Larutkan kapur bersama air didalam bekas.
  3. Rendam labu selama 30 minit.
  4. Simpulkan daun pandan.
  5. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga labu empuk.
  6. Lebih enak jika dihidang sejuk. Ita letak dalam peti sejuk dahulu, bila sejuk baru lah dimakan.



Okey .. itu saja resepi ringkas Ita untuk malam ini. bye..


                               SELAMAT MENCUBA
  1.  



Comments

Popular Posts