CHICKEN PUFF

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat bersembang lagi, sebelum tu nak Ita minta maaf kepada semua yang mengenali Ita, jika ada terkasar bahasa, terkurang adab dan makan minum tu minta halal kan semuanya ya.. Kita sebagai manusia biasa takkan terlepas dari kesilapan dan paling menyedihkan jika ianya tak pernah kita sangkakan terjadi sesuatu yang luar jangkaan kita. Siapalah kita untuk menidakkan setiap perancangan Allah itu. Apa yang pasti, tiap perancangannya itu adalah yang terbaik untuk kita.

Apa yang menjadi tujuan utama Ita menyediakan blog ini adalah untuk berkongsi minat dengan teman-teman dan memudahkan pertanyaan rakan taulan tentang resepi-resepi. Tak payah lah Ita nak mesej bagai, kalau di updatekan disini, bukan setakat yang bertanya sahaja tahu, yang lain pun boleh tumpang sekaki. he..he..

Disamping itu juga dapat merapatkan silatulrahim antara kita. Dapat saling memberi dan menerima ilmu masakan dan berkongsi hal-hal semasa. Dapat menambahbaikan bidang photography Ita kerana kita secara tak langsung mempraktikkan, mencuba membaiki kesilapan dalam bidang photography. Namun masih lagi Ita tak berpuashati. Gambar gambar masih lagi tahap kelas D berbanding dengan Azlita yang memang Ita boleh solute!

Aduhs!! gambar-gambar Azlita memang bagusnya tahap maut lah..he..he.. dengan reka bentuk dan susun aturnya memang menarik. Walaupun Ita belajar kelas dan kursus masakan selama 2 tahun, tapi hasil Azlita memang tidak dapat Ita tandingi..Tahniah Ita, dengan kurniaan Allah itu.

Berbalik kepada resepi Ita kali ini, Ita nak kongsikan satu resepi yang memang boleh dikatakan resepi kegemaran suami dan anak-anak lah. Kalau basicnya curry, och!! tak dinafikan lah..anak-anak dan suami confirm tak tolak punya.

CHICKEN PUFF lagi!!!! ha..ha.. chicken puff memang berhantu kat rumah ni. Sehinggakan Ita beli aje pastri lapis yang dah memang terjual kat kedai-kedai bakery. Baru cepat siap. Ada siapa-siapa yang order  (hubby ke, Adam ke..) terus boleh buat. Siapkan intinye aje. Kalau dulu kalau nak makan, terpaksalah maknya menguli-uli dulu dohnya. Jom kita semak resepinya. 

Tapi time ni..memang Ita boleh rehat, sementelah lagi si kakak ada dirumah. Semua kerja boleh di sub kan kepada dia. Ha..ha.. maknya boleh goyang kaki lah.. Time-time tak sihat macam ni nasib baik ada dia.. Alhamdulillah... 

CHICKEN PUFF


Bahan-bahannya:

 1 peket pastri (Ita guna jenama kawan)

bahan untuk Inti:

400 gm isi ayam-dicincang
1 biji kentang-buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar- cincang halus
6 ulas bawang putih-dicincang halus
1 kiub pati ayam
2 sudu besar ikan bilis-rendam dan tumbuk lumat
2 sudu besar serbuk rempah kari-bancuh dgn sedikit air
1 biji cili merah - dicincang halus
1 tangkai daun kari- ita cincang halus(ikut suka)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-caranya:

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
  • masukkan ikan bilis dan rempah kari dan daun kari.
  • tunggu hingga rempah masak, masukkan kentang dan isi ayam.
  • masukkan kiub pati ayam, garam dan gula.
  • perlahankan api, biar hingga kentang empuk dan ayam masak.
  • masukkan cili yang dicincang tadi.
  • sesuaikan rasa.
  • Kemudian angkat.
  • Pastri tadi boleh lah dibentuk mengikut citarasa kawan-kawan ya.
  • kalau Ita, Ita akan bentukkan empat segi dan isi inti lipat menjadi tiga segi.
  • Gunakan putih telur sebagai gam ditepi lipatan ya..sapukan putih telur tu..ditepi lipatan, kemudian baru dilipat.
  • Kemudian, sapukan kuning telur diatasnya supaya bila bakar ia kelihatan warna keemasan.

Boleh juga buat bentuk macam ni ..



Bentukkan mengikut citarasa masing-masing. Sesuai untuk hidangan minum petang atau untuk hidangan tetamu-tetamu.

SELAMAT MENCUBA


Comments

Popular Posts