GULAI IKAN KERING

Salam buat semua.. apa khabar, harapan Ita semuga sihat-sihat hendaknya. Syukur yang teramat kerana kita dapat ketemu lagi dialam maya.., dan semuga dengan pertemuan ini ada manafaatnya. Insyaallah. Mendengar pelbagai berita buruk di luar sana, Ita terfikir kenapa dan mengapa manusia semakin galak bersengketa. Seolah-olah menjadi satu kepuasaan kepada mereka untuk terus bersengketa. Tidak adakah wujud dalam hati dan perasaan mereka untuk hidup aman dan damai tanpa ada menganggu kedamaian orang lain. Berita-berita di televisyen memperlihatkan betapa manusia-manusia itu sangat kejam memusnah kehidupan lain dengan mudah sekali. Ita terasa amat sedih dan bersyukur kerana bumi kita Malaysia , kita masih mampu hidup dengan aman dan  damai. Jauh sekali hidup dalam ketakutan seperti mereka.

Sungguh tidak dapat diucapkan dengan kata-kata betapa sedih melihat mereka yang tinggal di Palestin. Ya Allah, selamatkan lah mereka.

Mood Ita betul-betul terasa hiba, sementelah lagi kesihatan Ita yang kurang baik.

 Dan malam ini ingin Ita kongsikan satu resepi dari kelompok lauk-pauk untuk tontonan teman-teman semua. he..he.. koleksi resepi ini yang ada dalam simpanan Ita yang tak sempat diupdatekan. Resepinya Gulai Ikan Kering. Mana-mana yang tak pernah cuba tu boleh lah mencubanya. Masa Ita buat hari tu..nasib baik kena dengan selera Encik Suami,..alhamdulillah. Bertambah-tambah makannya. Kita pun apa lagi..terangkatlah bila Si Dia kata..sedap hingga menjilat jari. (Entah-entah encik suami saje je ..nak ambik hati tak)..ha..ha.. ambik kau..





GULAI IKAN KERING

1 EKOR IKAN KERING YANG SEDERHANA BESAR- POTONG DAN CUCI
5 BATANG KACANG PANJANG - DIPOTONG MEMANJANG'
1/4 BIJI NENAS YANG KECIL- POTONG-POTONG KECIL
1 LITER SANTAN
5 ULAS BAWANG MERAH
1 INCI LENGKUAS
5 BIJI LADA KERING
2 INCI KUNYIT 
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA



CARA-CARANYA :

  • potong cili kering dan rendam dengan  air panas sekejap supaya ia lembut.
  • Kisar bawang merah, lengkuas, kunyit dan lada kering dengan sedikit air.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  • Masukkan santan.
  • Masak sehingga mendidih, masukkan ikan kering.
  • Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  • Kacau tanpa henti ya.
  • Masukkan nenas dan kacang panjang.
  • Jangan terlampau lama, nanti sayur akan lembik.

 Okey selamat mencuba ya.. Gulai ni lebih sedap jika dimakan bersama sambal dan nasi yang masih panas-panas. Kalau masak lebih tu.hulur-hulur lah kat jiran ya..

Comments

Popular Posts