KEK COKLAT MOIST

ASSALAMUALAIKUM,

Harapan dan doa Ita semuga kita semua dalam lindungan Allah s.n.t. Alhamdulillah... syukur..syukur..syukur pada mu ya Allah, pemberi rahmat sekelian alam. Tanggal 31.., bulan 8.., ..57.. Merdeka! ... Merdeka..! .. kita semua menyambut merdeka...


Semua rakyat Malaysia tentunya amat tahu lirik lagu ini. Ya..negara kita merdeka hasil titik peluh pemimpin-pemimpin yang terdahulu..jadi kita yang mewarisi nya harus bersyukur sangat-sangat. Kita just.. jaganya aje.. tak payah nak berkorban bagai seperti mereka dizaman penjajah. Jadi..syukur lah banyak-banyak..



Berbalik kepada dapur kita hari ini, Ita just nak kongsikan satu resepi kek moist dari dapur Yatie.., ya Yatie Memories tu.. Kebetulan minggu lepas ada teman Ita buat majlis sambutan hari raya. Teman Ita tu mintalah Ita sediakan kek untuknya. Masa teman Ita datang ke rumah tu kebetulan Ita tak sihat. Jadi tak mahu menghampakan harapannya, Ita ajarlah anak perempuan Ita buat kek ni.. alhamdulillah..siaplah 3 biji kek coklat moist. Ita bagi pada teman Ita tu..2 biji dan sebiji lagi kami simpan untuk santapan kami anak beranak..

Izinkan Ita kongsikan disini pulak ya Yatie..Terima kasih resepi kek yatie yang sedap ni. Dan..tahniah buat anak yatie..yang selamat sudah majlis Konvo nya.. 




Ita memang bernasib baik kerana dalam keadaan Ita yang tidak sihat, anak Ita masih bercuti, apa-apa pun boleh lah Ita minta pertolongannya. Gambar Ita kali ini tidak berapa menarik, kerana Ita ambil semasa diletakkan dalam peti ais, masa pun singkat bercampur pulak dengan rasa malas, hmm..ni lah hasilnya. Tak memuaskan lah..he..he.. apapun janji teman Ita tu dapat kek ni untuk majlis dia.




Kek coklat ni..memang sedap, rasanya yang moist dan coklatnya .. ya Allah.. memang kenalah dengan selera kami anak beranak. Kek-kek dalam peti ais kena selalu ada..sebab anak Ita, Si Adam tu memang suka sangat dengan kek, apatah lagi nasi bukan menu utamanya. Kalau masak kari..roti canai dan roti jugak yang dimahunya untuk dicicah dengan kari..ha..ha.. mamat betullah..



Hmm..dah siap pun... Tunggu tuannya datang ambik je.. Alhamdulillah siap.., berkat pertolongan anak2..


Jom tengok resepinya.

KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahannya:

100 gm serbuk koko*
250 gm gula castor*
1 tin susu cair*
200 gm minyak masak sayuran*
250 gm susu pekat*
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder







Cara-caranya :


  1. Campurkan semua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin.
  2. Sentiasa kacau guna whisk, tak payah tunggu hingga mengelegak.
  3. Satukan dengan telur yang dipukul tadi.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder dan serbuk soda.
  5. Masuk sedikit-sedikit sampai...sebati.
  6. Gaul rata-rata, tapi guna whisk lah ya...
  7. Loyang guna yang 8-9inci ya.
  8. Alas dengan kertas minyak dan sapu minyak.
  9. Masukkan adunan dan tutup dengan aluminium foil.
  10. Kukus selama 1jam. Kadang-kadang tu..ada juga lebih dari 1 jam..
  11. Cucuk dulu dengan lidi kalau nak tahu masak ke tak.
  12. Kalau lekat lagi tu..kukus lah lagi.
  13. Sejukkan dahulu sebelum letak coklat ganache.

COKLAT GANACHE

Bahan-bahannya:

150 gm cooking coklat
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak jagung

Caranya:

  • Panaskan susu dengan coklat.Kaeadah double boiler ya..
  • Padamkan api, kacau hingga coklat cair.
  • Masukkan minyak dan kacau
  • Biar sekejap baru dicurah ke atas kek tadi


Bila tengok je.., strawberry teringat Cameron Highland. Dulu kerap sangat pergi sana sebab dekat je kan. Tapi sekarang nak cari masa yang sesuai dan cuti sekali dengan hubby sangat susah. Kita cuti hari Jumaat, dia kerap ke Kuala Lumpur. Sebab tu lah Ita selalu katakan padanya..asal jumaat je..pergi KL, asal Jumaat je pergi KL, asal pergi KL je hari Jumaat....

Nak buat macam mana..nasib kami..anak beranak..redha aje lah.

Hmm.. bolehlah cuba ya..

Bye..Assalamualikum..





Ruzita Idias Ismail
31 August 2014

Comments

Popular Posts