KUETIAW GORENG

Salam Jumaat semua. Semuga Jumaat ini memberi berkat kepada kita. Kepada yang muslim tu jangan lah lupa baca yasin pagi dan malam sebelum tidur ya..
Bagi yang berhujung minggu pada hari ini, tentunya banyak agenda yang nak langsaikan. Nak-nak pulak bagi yang bekerjaya, nak kemas rumah, nak beli barang dapur dan keperluan diri serta keluarga.., ini lah masanya. Kalau hari kerja tu..sibuk memanjang ya. bagi surirumah pulak, ni lah juga masanya nak ajak Mr Hubby kesana kesinikan...setelah seminggu menunggu si dia bercutikan.

Apapun agendanya, memasak tetap kena memasak jugak. Oleh kerana Mr Hubby Ita ke Kuala Lumpur hari ini, jadinya Ita masak ringkas2 je lah. Apa yang ada dalam peti ais, itu je yang kita masak.

Hari ini Ita nak kongsikan resepi Kuetiaw Goreng yang amat-amat simple.


KUETIAW GORENG


Bahan-bahannya:

1 peket kuetiaw
1 biji bawang besar*
1 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
1 biji tomato - yang kecil je*
5 biji cili kering*
3 sudu besar kicap
1 camca teh garam
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis
200 gm ayam -dicincang
2 keping kobis atau kobis panjang - potong

Hiasan : daun kucai, limau kasturi dan tomato



Cara-caranya:
Kisar bahan-bahan bertanda*
Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan kicap, garam, gula dan kiub ayam.
Masukkan ayam.Biar sekejap hingga ayam masak dan
 masukkan sayur.

Akhir sekali masukkan kuetiaw.
Gaul rata-rata.

Taburkan bawang goreng, daun kucai yang dipotong panjang.
Letakkan tomato potong dan limau kasturi.




Sebenarnya kalau ada sawi dan taugeh lagi sedap tapi itu aje yang ada dalam peti ais rumah Ita. he..he..kena tunggu Mr Hubby pulang dulu baru boleh tambah stok dalam peti ais. Alhamdulillah...itu lah rezeki kami pada pagi ini. Syukurlah banyak2, sentiasa ingat pada yang tiada.. Air ais tu..anak2 yang minum..kita yang tua ni..tak minum air batu..kena pantanglah..untuk jaga kesihatan..

Okey sehingga berjumpa lagi..Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts