NASI GORENG DAGING KUNYIT
Apa khabar semua..harap semuanya berada dalam sejahtera ya. malam ni nak Ita kongsikan satu resepi ekpress untuk kawan-kawan semua. Dalam banyak2 hari..ada juga kita kadang2 tak sempat nak menyediakan masakan yang ambil masa lama-lama kat dapur. nak2 yang bekerjaya..tentu terkejar2 nak menyiapkan juadah untuk makan malam dengan anak2 dan suami tercinta.
Begitu juga dengan Ita yang sampai dirumah selalunya jam dah menunjukkan 7.30 malam. Bergegas lah mandi dan solat magrib sebelum nak mula memasak.
Selalunya hubby akan siapkan bahan-bahan dulu jika dia balik awal,.. tak pun kalau sama-sama sampai lewat maka lewatlah kita orang nak makan malam.
Apa pun Ita tetap bersyukur kerana dikurniakan Allah suami yang amat-amat memahami keadaan Ita walau dalam apa jua situasi pun. Alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Allah.
Hari ni..jam 7.30 baru sampai rumah. Kesian dekat anak bujang Ita juga, habis sekolah pukul 5, terus datang office Ita..menunggu Ita habiskan kerja dulu. Ini lah nasib anak-anak yang mempunyai ibu bekerja. Tapi nak buat macam mana kan. dah ketentuanNya..redha aje lah.
Ita nak kongsikan resepi ringkas Ita malam ini iaitu NASI GORENG DAGING KUNYIT. Jom kita intai2 resepinya:
NASI GORENG DAGING KUNYIT
5 CAWAN NASI
1 1/2 CAMCA TEH GARAM
5 BIJI BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
1 BIJI CILI PADI - NK PEDAS TAMBAH YA
SERBUK PERASA
1 CAMCA TEH SERBUK KUNYIT
1/2 CAMCA TEH SERBUK LADA SULAH
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
CARA-CARANYA :
- TUMBUK BAWANG MERAH. BAWANG PUTIH DAN CILI PADI
- PANASKAN MINYAK
- BILA MINYAK PANAS, MASUKKAN BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK TADI SERTA SERBUK KUNYIT.
- TAMBAHKAN GARAM.
- SETELAH ITU, MASUKKAN NASI, GAUL RATA-RATA. TAMBAH SERBUK PERASA JIKA SUKA.
- ANGKAT, KETEPIKAN
BAHAN-BAHAN UNTUK DAGING GORENG:
250 GM DAGING-DIHIRIS NIPIS
3 BATANG KACANG PANJANG-DIPOTONG MEMANJANG
1 1/2 CAMCA TEH GARAM
2 INCI KUNYIT
2 BIJI BAWANG PUTIH
SEDIKIT SERBUK PERASA JIKA SUKA
1/2 BIJI BAWANG BESAR DIPOTONG BULAT
MINYAK UNTUK MENGGORENG
1 TANGKAI DAUN SUP
1/2 BIJI TOMATO DI BELAH EMPAT
CARA-CARANYA:
- TUMBUK BAWANG PUTIH DAN KUNYIT.
- GAUL BERSAMA DAGING DAN GARAM
- GORENG DAGING TADI SEHINGGA AGAK GARING.
- SETELAH ITU MASUKKAN KACANG PANJANG,BAWANG BESAR, SERBUK PERASA DAN DAUN SUP.
- ANGKAT DAN HIDANGKAN BERSAMA NASI GORENG DAN HIASKAN DENGAN TOMATO SEGAR.
ASSALAMUALAIKUM..
Comments
Post a Comment