NASI IMPIT BERSAMA LODEH

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera buat teman-teman , adik kakak sekelian ya. Diam  tak diam dah hampir 2 minggu ya kita beraya.. jamuan raya ada lagi ke kawan-kawan.. Ita masih ada lagi jemputan hari raya dan kenduri kahwin. Hari ini naklah Ita kongsikan resepi sarapan pagi tadi. Oleh kerana anak tuisyen seawal jam 8.30 pagi maka tak sempatlah untuk ke pasar. Jadi Ita masaklah apa yang ada kat peti ais. Teringat kan anak bujang Ita, si Adam tu suka makan nasi impit bersama Lodeh.. Ita pun apa lagi..berlengang lenggok lah kat dapur sorang2..

Namun Lodeh Ita kali ini tak lah complete mana.., kerana takde tempe dan udang.. namun Ita redha lah kerana itu rezeki Ita pagi ini. Sebenarnya semalam dan pergi ke pasar untuk mencari tempe, puah dok jajak dalam pasar tu..tak jumpo2.,tempe. Tukang tempe ni beraya lagi lah kot..he..he.. Tapi kawan2 boleh lah tambah tempe dan udang ya.., jika nak buat nanti..



Nasi Impit

4 bungkus nasi impit segera. (Ita guna brand Adabi)
 Beras tadi dicuci
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga tenggelam peket beras tadi
Masak selama 1 - 1.30 jam dengan api sederhana.
Bila masak - angkat dan tos kan
Bila sejuk bolehlah dipotong



SAYUR LODEH

2 KEPING KOBIS - dipotong
1/2 BIJI LOBAK MERAH - dipotong bulat
4 BATANG JAGUNG MUDA - jagung yang kecil tu,                                                           potong
4 BATANG KACANG PANJANG - dipotong panjang2
5 KEPING FUCUK - di patah2kan - saiz ikut suka
1 BATANG SERAI - di titik
2 LITER SANTAN
GARAM SECUKUP RASA
SERBUK PERASA -JIKA SUKA
250 GM UDANG


BAHAN KISAR

5 BIJI BAWANG MERAH
1 INCI HALIA
1 INCI LENGKUAS
3 INCI KUNYIT HIDUP
2 BIJI CILI KERING
1 SUDU BESAR UDANG KERING
2 SUDU BESAR IKAN BILIS


CARA2 NYA:

  1. MASUKKAN SANTAN KEDALAM PERIUK.
  2. MASUKKAN BAHAN KISAR DAN GARAM
  3. MASAK HINGGA MENDIDIH
  4. MASUKKAN UDANG, TUNGGU HINGGA UDANG MASAK
  5. MASUKKAN SAYUR2 YANG DIPOTONG TADI
  6. BILA SAYUR SUDAH LAYU ANGKAT DAN SESUAIKAN RASA



SAMBAL IKAN BILIS

BAHANNYA:

150 GM IKAN BILIS - DICUCI
SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
2 SUDU GULA
GARAM DAN SERBUK PERASA

BAHAN KISAR

1 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH
15 BIJI CILI KERING
1 INCI HALIA

CARANYA:

  1. PANASKAN MINYAK
  2. TUMIS BAHAN KISAR HINGGA NAIK BAUNNYA
  3. MASUKKAN IKAN BILIS, GARAM, GULA DAN SERBUK PERASA
  4. MASUKKAN IKAN BILIS
  5. KACAU SEBATI, BILA MASAK ANGKAT DAN HIDANGKAN BERSAMA NASI IMPIT DAN LODEH TADI.


Kan senangkan.. masak apa2 pun tak pe..asal dapat masak sendiri untuk anak2..penat sikit jangan nak berkira sangat sebab hasilnya Tuhan saja yang tahu. Agar anak2 sampai ke tua ingat makanan yang dihasilkan dari air tangan ibu sendiri. Makan diluar tak jadi hal..sekali sekala perlu jugak untuk beralih angin. Ita sangat percaya kepada hal2 yang macam ni..kerana hasil air tangan ibu takkan sama dengan orang lain.. I believe that.. so..jangan nak lazy2 ya..

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts