NASI LEMAK

Assalamualikum, salam sejahtera semua. Terkesan dengan paparan didada -dada akhbar dan berita-berita yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia..berita kembalinya nahas korban MH17, Ita digamit rasa pilu sehingga deraian airmata tidak mampu ditahan lagi. Akhirnya Ita biarkan ia bercucuran dengan semahu-mahunya. Sedih yang teramat dirasai bila mengetahui pelbagai reaksi saudara-mara mereka bila dapat melihat jenazah kembali ke Malaysia untuk disemadikan. Seawal jam 8.30 pagi tadi.. Ita mendapatkan akbar Metro dan Kosmo untuk dibaca. Sedikit kaget bila melihat semua akhbar digerai-gerai hampir semuanya bercetak hitam putih sebagai tanda berkabung.

Lebih menyedihkan Ita bila membaca tajuk utama harian metro berbunyi "sayang tak akan selamanya sentiasa ada bersama abang. Suatu hari nanti sayang akan temui Allah dan tak akan kembali" sms Allahyarham Mastura Mustapha kepada suaminya Mohamed Affendi Khairuddin. Memang sedih sangat bila Ita juga membaca luahan hati suaminya yang sering bermimpi buruk dan menyebabkannya tidak tenteram. Suaminya seolah-olah telah mendapat petanda awal tentang musibah yang menimpa isterinya.

Sesampai dirumah, segera Ita on kan TV, suami terus melihat siaran langsung dan Ita terus ke dapur. Bila suami Ita menyuruh Ita menghentikan seketika dari membuat kerja rumah dan duduk disampingnya untuk melihat siaran langsung itu. Suasana teramat pilu, kami tidak bercakap sepatah pun, masing-masing kelu dan hiba. Ketika saat semua diminta bertafakur..Ita terasa terlampau sedih dan sayu..

Terasa mahu saja meengembirakan hati semua orang-orang yang kita sayang ketika kita diberi kesempatan ini. Tak mahu tinggalkan memori2 yang buruk buat mereka. Cuma mahu isikan masa dengan kebaikan sahaja. Kembali tersedar bahawa, perlunya menghargai orang2 yang kita sayang semasa hayat ini. Dan jauhkan lah dari dendam kesumat yang tidak ada kesudahannya. Jauhi sikap buruk sangka, tamat haloba, jauh dari mengaibkan orang lain, insyaallah kita akan selamat dunia akhirat.

Itu sebahagian dari rasa yang Ita rasakan. 

Kembali kita kepada resepi kita untuk hari ini. Ita menyediakan menu ringkas sahaja hari ini. Kebetulan suami kerja malam habis jam 8.00 pagi. Jadi sesudah subuh tadi, Ita terus masak nasi lemak untuk sarapan pagi kami. sementelah lagi anak2 tuisyen jam 8.30 pagi. Jadi sarapan kena siap awal sebelum tu. Malam tadi dah plan nak buat nasi lemak and memang Ita check barang2 kat dapur semuanya ada, maka jadi sarapan pagi ini nasi lemak bersama teh O.





BAHAN-BAHANNYA:

UNTUK NASI:

2 CAWAN BERAS
3 INCI HALIA - HIRIS MEMANJANG
4 ULAS BAWANG MERAH-HIRIS
2 HELAI DAUN PANDAM- CARIK &                 SIMPULKAN
SECUBIT GARAM
3 CAWAN AIR
80ML SANTAN PEKAT (ITA GUNA SANTAN KOTAK)


beras dicuci dan dimasukkan kedalam periuk.
masukkak garam








Masukkan santan, bawang, halia dan daun pandan.
Masak nasi seperti biasa.








Sementara itu rebus telur dulu ya..
kalau yang tak suka telur rebus boleh juga goreng mata kerbau ya..






SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahannya :

2 cawan ikan bilis kecil
1 keping asam gelugor
garam  secukupnya
minyak untuk menumis
1 keping asam gelugor
2 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
1 inci halia dihiris

bahan kisar:

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 labu bawang putih






Kisar  semua bahan-bahan kisar tadi dengan sedikit air

















Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi.











masukkan garam, kiub pati ayam dan gula.













Masukkan bawang merah dan halia yang dihiris dan asam keping.







Masukkan ikan bilis yang telah dicuci dan ditoskan.






masukkan bawang besar, kacau rata hingga bawang besar layu.

Pengakhiran menu kita hari ini ingin Ita kongsikan satu sajak petikan dari Harian Metro, nukilan  dari  Al-Abror Mohd Yusuf         . Sajak ini sungguh menyentuh hati sekali.


Luka Di Langit Hrabove

Syawal kali ini sayu nya terasa amat
tajam terus jauh menikam
ke dalam

Tidak seperti syawal biasa
Kegirangan kali ini sekadar tergantung
diranting-ranting pepohon
atau jeriji tingkap, pintu. Desah angin pilu
berulang-ulang bertandang
membawa tanda amat panjang

Di ruang tamu
ada ibu merawat lara dan rindu
ada ayah memujuk resah nan parah
ada anak mendongak ke langit
menunggu jawapan
ada isteri mendakap
hilang dalam tangis.

Kilat itu memang luar biasa
menyambarnya tiba-tiba
menyentap rawan semua.

Awam berserakkan antara memberi
dan menyembunyikan jawapan.
Angin meniup titip pesan: Bencana ini
bukan bencana biasa.
Ini bencana buatan tangan-tangan
Liar manusia nanar.
Rumput, bunga dan lalang
berbisik kepada aspal: “Kita ini sebenarnya
Saksi hati durjana”.

Luka Tiga-Tujoh-Kosong masih bernanah
kini belati baru menoreh amarah.
Satu-Tujuh adalah bidak catur
malang terpilih. Terkepit di antara
perseteruan gajah-gajah serakah
menyentap menjarah takzim anak, isteri
ayah, ibu, abang, kakak yang tidak sabar
meraikan pertemuan

Dingin Schiphol
dan alir Sungai Muis
pun mengirim duka kepada seluruh kita.

Dunia memang semakin sukar bersahabat.
Cinta kian tertunda
Dan disini kita pun memesrai syawal
dengan pilu tak tertanggung
dan keruh kilan langka yang menggunung.

Hari ini dibiarkan sepi melintas
ke seluruh jiwa.
Kita dengarkan bait bait
bisik bayu Shciphol
menyapa mekar bunga-bunga di Hrabove
ketika ia menghantar pulang wangi ingatan
sambil kita mendakap persaudaraan

                                                         Al-Abror Mohd Yusuf
                                                          Kuala Lumpur Ogos 2014
  Petikan :Harian Metro

Comments

Popular Posts