SERI KAYA PANDAN

Assalamualaikum semua..  emm..   apa cerita hari ni ya.. cuti-cuti macam ni kalau siap kerja rumah, mula lah nak fikir macam-macam..nak plan macam-macam.. otak ni bergerak je,...walaupun kudrat tak kuat.. ha..ha.. tu la namanya nafsu. Badan kecik je..tapi nafsu besar..astagfirullah halazim..apa nak jadi ni.. insaf sekejap.. tu lah namanya manusia.. Tuhan beri kita akal..kita fikir...insya allah kita selamat dunia akhirat.

Tapikan.. kalau kita sempurna tu maknanya kita tak sempurnalah..ya lah..kan Tuhan dah kata..tiada manusia yang sempurna. Ada kurang kat situ.. akan ada lebih kat lain. Ada lebih kat lain mesti ada kurang kat situ.. Sebab tu bila pasangan kita tak sempurna dimata kita, kita kena fikir kan kelebihannya pulak. Yang tu lah buat kita saling melengkapi. maka jadilah sempurna rumahtangga kita. Itu pendapat Ita lah..mungkin yang lebih arif akan fikirkan dari sudut lain pulak..

Berbalik kita pada hidangan yang nak Ita kongsikan hari ini. Resepi nya dari keturunan desert atau pencuci mulut. Ya.. lepas-lepas makan tengahari..bolehlah makan sedikit desert ni..sejuk sikit tekak kita kan.. Nak mudah dan tak mahu fikir banyak-banyak dan tak payah ke pasar, buat je apa yang ada didapur kita. Telur ada..gula ada.. daun pandan kat halaman ada.. so.. apalagi kita buat Seri Kaya Pandan. Okey tak..boleh lah..

Tak payah nak buat banyak..  sikit je.. untuk anak-anak makan nanti.. satu mangkuk seorang dah memadai. Buat seorang satu.. cukup-cukup je..tak membazirkan?? Okey..tak payah nak berceloteh panjang-panjang.. mari kita semak resepinya..





SERI KAYA PANDAN

Bahan-bahannya:

250 gm pula pasir
400 ml air pandan ( 6 helai daun pandan + 400 ml air=Blend)
10 biji telur ayam gred A
sedikit pewarna hijau - ikut suka, nak gelap letak lebih sikit






Cara-caranya:

  1. Masukkan gula ke dalam periuk.
  2. Masukkan air pandan yang telah ditapis terlebih dahulu.
  3. Masak hingga mendidih serta larut gula.
  4. Angkat dan tunggu hingga sejuk.
  5. Telur dipukul hingga kembang.
  6. Masukkan adunan telur ke dalam larutan gula dan air pandan tadi.
  7. Kacau hingga hingga rata.
  8. Tapiskan.
  9. Masukkan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.
Ita curah coklat cair sedikit ke atas ceri sebagai hiasannya.




Okey dah siap. Mudahkan. tak payah nak pening-pening kepala bila suami atau anak-anak nak makan. Jangan nak banyak alasan ya.. mudah saja tu.. tak sampai 1 jam pun. Kan pahala lagi dapat..betul tak..kena rajin sikit je.. excercise kata orang..bagi keluar peluh sikit..tak payah nak ber aerobik bagai.. 


OKEY..BYE..SEHINGGA JUMPA LAGI..


Comments

Popular Posts