TALAM KASTARD JAGUNG

Assalamualaikum, Selamat petang semua..semuga kawan-kawan semua berada dalam limpahan rahmat Allah. Pagi-pagi lagi dah plan nak masak kuih kegemaran suami tersayang untuk hidangan minum petang. Bila balik kerja selalu badan dah letih dan lesu. Untuk mengurangkan kepenatannya, kita hidanglah kuih kegemarannya supaya rasa segar dan hilang segala tension dia masa kat pejabatkan.

Walaupun Ita tak boleh bergerak cergas buat masa ni..namun puteri Ita boleh menolong untuk menyiapkan hajat uminya ini. Sementelah lagi dia dah besar, rasanya nilah masa untuk Ita mengajar dia membuat kerja-kerja dapur. nanti bila tinggal sendiri dan jauh dari keluarga, kurang-kurangnya dia tahu nak masuk dapur. Takde lah dibenci mak mertua atau dikatakan tak pandai masak. Ya tak?? ada anak perempuan ni macam tu lah..risau kalau dia tak pandai ke dapur..nanti dikatakan tak pandai didik anak pulak. Bak kata orang-orang tu, perempuan ni walau setinggi mana pun belajar, dapur tu tetap dia kena masuk juga.

Tu lah..Ita tersangat risau kalau anak perempuan Ita tak boleh masuk dapur di sebabkan tak pandai memasak. Tak macam kita dulu, kita pandai masak secara semulajadi kerana kita sentiasa ikut mak kat dapur. Mak pulak banyaklah suruhannya, kena pergi ambik kunyit lah, ambik lengkuas lah, ambik serai lah. Tu semua kena guna tenaga jugak, sbb masa tu kita budak-budak lagi.. nak2 bila suruh ambik serai kat belakang rumah.. kena aje daunnya, gatal dan pedih lah. Ambik lengkuas kena guna cangkul..ha..ha..memang aku budak kampung.. Budak2 sekarang mana nak merasa pengalaman yang macam tu sebab benda tu semua beli kat pasar je..

Tapi pengalaman kan memberi pengajaran kepada kita. Benda2 macam tu yang memberi kita semangat yang tinggi dan  usaha gigih. ehh..cerita pasal pengalaman ni tak habis satu hari. Simpan saje lah Ita dalam lipatan kenangan mu itu...

Jom kita tengok kuih hidangan minum petang Ita. Resepi ni Ita ambik  dari blog Yatie Memories. Izinkan Ita sharekan kat sini pulak ya yatie... semuga dapat jadi panduan kepada peminat kuih talam.



TALAM KASTARD JAGUNG


Lapisan bawah
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung custard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning
sedikit garam



Caranya:

Satukan semua jenis tepung dalam mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan.
Masukkan kedalam periuk dan masak diatas api kecil
sehingga wap naik.
Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak.
Tuang adunan tadi dan kukus 20 minit.

**setiap 10 minit buka penutup kukus dan lap air supaya
air tidak bertakung dipermukaan kuih.

Lapisan atas:


2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan (dr 3 helai daun pandan + 1 cawan air)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
pewarna hijau/pandan



Caranya:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati @ blend.
Masukkan adunan kedalam periuk dan 
masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2 kan adunan yang dikukus tadi dan tuangkan adunan 
pandan keatasnya. Kukus 20 minit.
10 minit angkat dan lap penutup kukus dan kukus
lagi 10 minit.


**Sejukkan dulu kuih sebelum dipotong supaya bila potong ia kelihatan cantik. Gunakan pisau plastik untuk memotong supaya ia cantik bila nak hidang.


OKEY BYE..ASSALAMUALAIKUM..

Comments

Popular Posts