APPLE PIE
ASSALAMUALAIKUM,
Apa khabar semua, harap semuanya dalam keadaan yang sihat. Hmm.. semalam tak sempat update blog kesayanganku ini. Ya lah..kadang-kadang tugas seharian dah penuh sangat, tak boleh nak adjust.. bila time kita ada sedikit ruang.., tengok PC ada orang guna pulak. Hmm..terpaksa lah maknya mengalah demi melihat anaknya gembira. Musim cuti-cuti sekolah macam ni.. komputer selalu tak akan dapat rehat lah. Dari lepas subuh sampai ke lepas isyak..hmm..memang tak berehat langsung komputer rumah Ita. Nak buat macam mana..
Kalau komputer tu boleh mengamuk ..rasanya..dah lama mengamuk sakan. Tu pun rasanya memang dah protes kut..sebab asyik2 hang jer..hingga lah Ita beli yang baru. .hi..hi.. . kalau macam ni layanan pada PC baru ni nampaknya akan dapat nasib yang sama lah kalau keadaan macam ni memanjangkan.. Bukan macam zaman kita dulu.. semua permainan tak melibat kan kos langsung.. tapi tetap jugak boleh ber happy2 dengan member2. Malahan rasa cukup je 24 jam dalam satu hari tu. Boleh pergi sekolah, boleh pergi mengaji, boleh main dengan kawan-kawan dan boleh pulak membaca dan siapkan kerja rumah. Pastu..boleh jugak siapkan kerja sekolah.
Tapi lain pulak dengan hari ini, rasa masa sentiasa tak pernah cukup2.. Kerja tak pernah nak habis. Tak kira waktu.. hari minggu lagi tak cukup waktu.. nak arrange anak tuisyen, nak siapkan kerja rumah, nak kemas rumah, nak masak eee...tak mahu nak cerita lah.. tak tercerita rasanya.. Tapi..kena terimalah..keadaan zaman kita memang jauh berbeza.. dunia pun semakin tua.. Ingat je dunia semakin tua, terlintas pulak Ita.., kita pun sebenarnya semakin tua jugak. Terdetik dalam hati.. cukup kah amalan yang hendak kita bawa nanti.
Fikir dan fikir.. oohh.. terasa sikit amalan yang ada. Dan yang ada itu adakah amalan yang baik dan berkualiti. Itu yang takut tu.. adakah amalan yang sedikit itu amalan yang diterima Allah s.n.t... Lagi sedih memikirkannya. Oleh itu marilah kita renung balik segala amalan kita.., mudah mudahan kita akan dapat membawa amalan yang sempurna sebagai bekalan nanti.
okey jom kita semak apa yang Ita masak hari ini. Resepinya ringkas je.. PAI EPAL. Selepas subuh tadi Ita masak Nasi Lemak untuk breakfast hari ini. Tapi si Adam yang tak berapa gemarkan nasi itu, terpaksalah Ita tambah Puff kegemaran dia. Nak cepat.., Ita tak buat chicken puff seperti biasa. Buka peti ais tengok ada apple filling.. terus terfikir buat apple pie lah untuk Adam.
Macam biasa lah..kami ber breakfast awal..lah. Sebab Ita ada follow up dekat hospital.
Haa.. ini dia epal pai Ita. Rasanya tak payah nak bagi resepi bagai kerana Ita guna pastri puff yang ready made dan apple filling Ita beli je. Cumanya.. lagi sedap kalau chicken puff bagi yang tak suka manis.
Ita gunakan :
1 peket pastry puff - Ita guna jenama Kawan
1 mangkuk epal filling
caranya:
Ita terap pastry puff.
Kemudian letak inti epal filling.
Lipat 2 dan kemaskan tepinya dengan garfu.
Sapu dengan kuning telur.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C
Okey..bila rasa takde idea nak buat kuih apa tu.. dan penyakit malas pulak datang menyerang.. bolehlah guna resepi yang tersangat-sangat ringkas ini.
Okey bye..
selamat mencuba.
Comments
Post a Comment