AYAM PERCIK

AYAM PERCIK.. JANGAN SAMPAI TERPERCIK KAT MUKA YA...


Assalamualaikum,  salam sejahtera buat kekawan semua. Semuga semua berada dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Kali ini Ita nak kongsikan satu resepi Ayam Percik. Lama tak makan ayam percik ni. Sang Suami pulak bila Ita katakan hari ni.. saya masakkan abang Ayam Percik, terus tersenyum lebar...sampai ke telinga gitu.. rupanya dia pun rindu jugak hidangan yang lama tak buat ni.. rasanya bertahun-tahun jugak.. Bukan apa.. keadaan masa yang singkat tak memungkinkan Ita untuk membuat hidangan ini. Mana nak bakar arang, nak kena masak kuahnya yang lama.. he...he.. kalau tak nak buat tu..banyak pulak songehnya kan..hu..hu..



Sebenarnya tak lah susah sangat, tapi pemikiran kita yang merasakan lambat sikit nak membuatnya lalu kita beralih kepada menu lain yang tak memerlukan kita membakar arang dan sebagainya. Tapi ada juga cara lain yang membolehkan kita membakar dengan cara yang cepat seperti penggunaan pemanggang ajaib. Tapi Ita lebih sukakan cara tradisi yang mana rasanya sedikit berbeza dengan memanggang menggunakan pemanggang ajaib tu. Ita ada juga gunakan pemanggang ajaib kalau nak cepat tapi biasanya Ita akan buat ikan bakar je.. Sang Suami pun lebih sukakan kalau dibakar kaedah membakar di atas arang. So.., Ita apalagi.. ikutkan lah selera si dia.

Jom lah kita semak resepinya ya.

Bahan-bahannya:

2 bahagian ayam - ayam seekor Ita potong 8 tapi Ita ambik 2 bahagian sahaja
3 sudu minyak
1/2 keping gula melaka
1 sudu gula
1 sudu garam
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1 batang serai-diketuk
2 sudu besar air asam jawa
2 helai daun pandan - disimpul
2 helai daun limau purut


Bahan Kisar:

2 batang serai dipotong-potong
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 keping cili kering-dipotong2 dan rendam air panas
1 biji buah keras - diketuk
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bahan-bahan kisar.
  3. Tunggu hingga bahan-bahan kisar tu masak lebih kurang 2-3 minti.
  4. Masukkan ayam. Perlahankan api, tunggu hingga ayam separuh masak.
  5. Masukkan santan, serai, air, daun limau purut, daun pandan, garam, air asam jawa dan gula serta gula melaka. Kacau.
  6. Tunggu hingga ayam masak.
  7. Bila dah masak angkat ayam.
  8. Masak hingga kuahnya pekat ya.
  9. Kemudian bakar/panggang selama 10 minit dan curahkan sedikit kuahnya semasa membakar.

Okey .. bye.. selamat mencuba ya. Ayam percik ni.. Ita gandingkan dengan Asam Rebus Telur Itik.

Comments

Popular Posts